PERUTUSAN RESIDEN BAHAGIAN SAMARAHAN
Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Pejabat Residen Bahagian Samarahan. Sebagai agensi peneraju kerajaan yang bertanggungjawab dalam Pentadbiran dan Pembangunan Bahagian Samarahan, Pejabat Residen Bahagian Samarahan sentiasa komited dalam menyediakan maklumat terkini dan tepat kepada pengguna.
Sejajar dengan usaha Kerajaan Sarawak dalam melaksanakan dan memperluaskan perkhidmatan digital dan kerajaan elektronik (e-kerajaan), Pejabat Residen Bahagian Samarahan komited bagi menyediakan Laman Web yang mesra pengguna dalam penyampaian perkhidmatannya.
Siaran Akhbar, 28 April 2025
KOTA SAMARAHAN (27 April 2025): Samarahan Bridge Half Marathon 2025 kembali meriah selepas hampir lima tahun tidak dianjurkan akibat pandemik COVID-19, menghimpunkan ratusan pelari dari dalam dan luar negara. Acara yang berlangsung di perkarangan The Summer Shopping Mall ini menampilkan pertandingan dalam kategori 21km, 10km, serta fun run 5km, sekali gus menyemarakkan semangat komuniti untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Syahrullah Safri dan Sally Yap masing-masing dinobatkan sebagai juara kategori lelaki dan wanita dalam larian 21 kilometer (km) sempena Samarahan Bridge Half Marathon 2025 yang berlangsung di pekarangan The Summer Shopping Mall di sini pada Ahad. Syahrullah mencatatkan masa 1 jam 16 minit 34 saat untuk muncul juara kategori lelaki, manakala Sally meraih kejuaraan kategori wanita dengan catatan 1 jam 33 minit 51 saat. Bagi acara 10km, Shahmi Muhaimin dinobatkan sebagai juara lelaki dengan masa 34 minit 47 saat, sementara kategori wanita dimenangi oleh Pung Cheng Hui dengan masa 45 minit 14 saat. Sementara itu, kategori 5km dianjurkan sebagai fun run yang membolehkan peserta berlari bersama keluarga tanpa sebarang persaingan untuk kejuaraan. Terdahulu, seramai 842 peserta bagi ketiga-tiga kategori dilepaskan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang. Turut hadir ialah Residen Bahagian Samarahan, Mohamad Irwan Bahari Bujang; Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan, Abu Amir; serta Setiausaha Perbandaran Majlis Perbandaran Kota Samarahan, Gustian Durani. Dalam sidang media selepas majlis penyampaian hadiah, Datuk Rubiah menyifatkan sambutan terhadap penganjuran Samarahan Bridge Half Marathon 2025 sebagai amat luar biasa dan memberangsangkan, meskipun hampir lima tahun tidak diadakan akibat pandemik COVID-19. "Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang sangat baik bukan sahaja daripada peserta tempatan di Kota Samarahan dan Kuching, malah turut menarik penyertaan peserta antarabangsa," katanya. Beliau menambah, acara ini sejajar dengan minat belia terhadap aktiviti larian sambil mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat pelbagai peringkat umur. "Larian ini merupakan platform penting untuk memenuhi minat belia sambil mempertingkatkan kecergasan masyarakat," katanya lagi. Datuk Rubiah turut berkongsi bahawa buat pertama kalinya acara ini melibatkan laluan merentasi Jambatan Batang Samarahan, sebuah mercu tanda penting yang telah menyumbang kepada pembangunan pesat di Kota Samarahan sepanjang sedekad lalu. "Jambatan ini bukan sahaja menghubungkan Kota Samarahan dengan Kuching dan kawasan sekitar, malah turut membantu menaik taraf jaringan jalan utama di Kota Samarahan," jelas beliau. Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk sektor swasta dan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak selaku penaja utama, serta Pejabat Residen Bahagian Samarahan dan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan sebagai penganjur bersama. "Pada mulanya, sasaran peserta kami hanyalah antara 200 hingga 300 orang. Sambutan luar biasa yang diterima ini menunjukkan potensi besar untuk memperkembangkan lagi acara ini pada masa akan datang," katanya. Beliau turut memaklumkan bahawa perbincangan sedang dijalankan untuk menjadikan Samarahan Bridge Half Marathon sebagai acara tahunan dengan penambahan lebih banyak kategori larian pada edisi-edisi akan datang. Selain itu, pelbagai kategori juga turut diadakan, iaitu: 5KM Fun Run: 305 penyertaan 10KM Lelaki: 130 penyertaan 10KM Wanita: 91 penyertaan 21KM Half Marathon (acara utama): 275 peserta lelaki dan 81 peserta wanita Kali ini, kita turut menerima penyertaan dari peserta antarabangsa termasuk dari Singapura, Korea dan Perancis. Sebagai tambahan, acara Aerobathon juga dianjurkan pada hari tersebut dengan penyertaan daripada 16 pasukan. Dalam acara utama 21KM kategori lelaki, tempat pertama dimenangi oleh Syahrullah bin Safri manakala tempat ketiga diraih oleh kembarnya, Hazarullah bin Safri. Bagi kategori wanita pula, kemenangan dirangkul oleh Sally Yap. Tahniah dan syabas diucapkan! Tahniah juga kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dan memeriahkan acara ini. Semoga semangat kesukanan dan amalan gaya hidup sihat terus berkembang di Samarahan. #SamarahanBridgeHalfMarathon2025 #SamarahanAktif #GayaHidupSihat
Siaran Akhbar, 22 April 2025
KOTA SAMARAHAN: Although Syawal is coming to an end, the excitement of the Aidilfitri celebration continues to be enlivened in Samarahan Division through the organisation of the Ramah Tamah Aidilfitri which took place in full vigour at the Samarahan Community Hall, on Thursday. The ceremony, which brought together various government agencies, was made even more special by the presence of the Sarawak Secretary, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki and his wife, Datin Amar Baduyah Bujang, who also spent time with the local community in a friendly and cheerful atmosphere. His arrival was welcomed by Samarahan Division Resident, Mohamad Irwan Bahari Bujang before visiting each participating agency's stall. As an appreciation to the agencies involved in the preparation and decoration of the stalls, 30 agencies received certificates of participation presented by Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. He also presented prizes to the winners of the Most Beautiful Stall Competition which was won by UiTM Sarawak Branch and Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). The programme was also attended by Simunjan Assemblyman, Awla Dris who took the opportunity to present a donation of duit raya to the asnaf as a symbol of concern and the spirit of continued unity in the community. Visitors were not only served with special food, but were also entertained with performances by guest artists and lucky draws, that made the event more lively and brought back memories of Aidilfitri. - UKASnews
Siaran Akhbar, 14 February 2024
Siaran Akhbar, 24 January 2025
Permohonan untuk diiktiraf sebagai Bumiputera Sarawak boleh dibuat secara atas talian menggunakan Sarawak Natives Recognition Application System melalui Portal Rasmi Kerajaan Sarawak (Kategori perkhidmatan: Sosial & Komuniti). Sila pastikan borang diisi dengan betul untuk mengelakkan sebarang kesulitan. DOWNLOAD: GARIS PANDUAN
Siaran Akhbar, 06 May 2025
Pertandingan Reka Cipta Tong Sampah Milenium 2025 kini dibuka! Anjuran: Majlis Perbandaran Kota Samarahan 5 Mei – 20 Mei 2025 Terbuka kepada dua kategori: Terbuka & IPTA/IPTS Adakah anda mempunyai idea inovatif untuk mencipta tong sampah masa depan? Inilah peluang anda untuk mencipta perubahan dan memenangi hadiah menarik! Sertai sekarang dan jadi sebahagian daripada revolusi hijau! Muat turun borang penyertaan dan syarat untuk menyertai di sini
Siaran Akhbar, 24 January 2025
Permohonan untuk diiktiraf sebagai Bumiputera Sarawak boleh dibuat secara atas talian menggunakan Sarawak Natives Recognition Application System melalui Portal Rasmi Kerajaan Sarawak (Kategori perkhidmatan: Sosial & Komuniti). Sila pastikan borang diisi dengan betul untuk mengelakkan sebarang kesulitan. DOWNLOAD: GARIS PANDUAN
Siaran Akhbar, 11 April 2025
Tarikh : 10 dan 11 Mei 2025 Tempat : Masjid Darul Istiqamah Kampung Niup, Kota Samarahan Tarikh tutup penyertaan : 05 Mei 2025 (jam 5.00 petang) Borang yang lengkap boleh dihantar ke Pejabat Daerah Samarahan atau kepada pegawai seranta yang ditetapkan. Sila scan QR code untuk borang dan syarat penyertaan.