Lesen Pungutan Awam

 

Lesen Pungutan Awam


Lesen Pungutan Awam dikeluarkan di bawah peruntukan Ordinan Pungutan Awam 1996 yang membenarkan pemegang lesen untuk mengumpul derma daripada orang awam. Permohonan Lesen Pungutan Awam yang merangkumi dalam Bahagian Samarahan, proses kelulusan akan dipertimbangkan oleh Residen Bahagian Samarahan sahaja. Jika pemohon ingin membuat pungutan awam bagi Peringkat Negeri (pungutan dibuat bagi lebih dari satu Bahagian Pentadbiran), kelulusan permohonan akan dipertimbangkan oleh pihak Unit Pentadbiran, Jabatan Premier Sarawak. 

  • Muat turun Borang A disini .

    Pemohon juga boleh mendapatkan Borang A di Pejabat Residen Bahagian Samarahan. Borang A yang telah lengkap hendaklah disertakan bersama-sama dengan dokumen sokongan seperti dibawah:
  • Surat Permohonan
  • Satu (1) salinan fotostat kad pengenalan (MyKad) bagi setiap seorang pemohon dan pemungut.
  • Tiga (3 )keping gambar berukuran passport bagi pemohon & pemungut yang dilantik
  • Satu (1) salinan penyata akaun bank yang terkini.
  • Satu (1) salinan minit mesyuarat terkini dilengkapi dengan maklumat tujuan pungutan, lantikan pemungut dalam kalangan ahli jawatankuasa, sasaran pemungut dam tempoh pungutan.

Bagi setiap permohonan Lesen Pungutan Awam yang telah lulus, bayaran sebanyak RM25.00 akan dikenakan dan pembayaran di buat di Pejabat Daerah dan kembalikan semula resit bayaran kepada Pejabat Residen untuk tujuan pengeluaran Lesen.

Pegawai Yang Bertanggungjawab Dalam Urusan Lesen Pungutan Awam.
Cik Putri Fazlin Asyiqin Binti Abu Bakar, N5
(Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan beliau ditalian 082-671205)
 


Kemas Kini Terakhir Pada 06 Jan 2026

Waktu Pejabat


Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm


Jumaat
8:00am to 11:30pm & 2:30pm to 5:00pm


Tutup pada Sabtu, Ahad & Cuti Umum

image Undian
image Pengumuman