picture

Latar Belakang Daerah Sebuyau


Daerah Sebuyau terletak di kawasan persisiran pantai, tebingan Sungai Batang Sadong dan Sungai Batang Lupar. Daerah Sebuyau sebelum ini merupakan daerah di bawah pentadbian Daerah Simunian. Pada tahun tahun 2021, Daerah Sebuyau telah ditukarkan menjadi Daerah Sebuyau dan di bawah pentadbirannya sendiri. Menurut orang tua dahulu, nama SEBUYAU ini berasal dari dialek Melanau iaitu "BUYO" yang membawa maksud ketam. Ceritanya, suatu ketika dahulu, terdapat banyak ketam di kawasan ini.

Di bawah pentadbiran kerajaan Sarawak, daerah Sebuyau memperoleh pelbagai pembangunan infrastruktur. Hampir semua kawasan menikmati kemudahan elektrik, bekalan air dan jalan raya. Daerah Sebuyau juga turut mempunyai pelbagai kemudahan awam dan juga pusat pendidikan di mana terdapat sebuah Sekolah Menengah (Sekolah Menengah Kebangsaan Sebuyau), 16 buah Sekolah Kebangsaan dan dua buah Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua. Terdapat juga dua buah pekan yang berada di bawah pentadbiran Daerah Sebuyau iaitu Pekan Sebuyau dan Pekan Sebangan. Keluasan Daerah Sebuyau dianggarkan lebih kurang 625.07km persegi. la terletak kira-kira 120 km dari Bandaraya Kuching dari jalan darat dan sejauh 85 km melalui jalan air.

Sejak Jambatan Batang Sungai Sadong sudah selesai dibina dan kemudahan jalan raya ini telah dapat digunakan sepenuhnya pada 16 Oktober 2016 yang lalu, Sebuyau telah menjadi jalan perhubungan yang memendekkan jarak perjalanan dari bandar utama iaitu Kuching dengan bandar- bandar lain seperti Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan juga Miri.

Sebuyau juga dikatakan mempunyai keunikannya yang tersendiri. Antaranya ialah Sebuyau merupakan pengeluar utama ikan Terubok dan Obor- Obor. Seterusnya, jalan dan iambatan yang dibina di Sebuyau juga merupakan akses laluan yang paling dekat dari Kuching untuk ke Sarikei. Selain itu, hasil batu dari Kuari Sebuyau juga amat terkenal dengan kualtinya. Yakin bahawa dengan kelebihan ini meniadikan Sebuyau semakin maju setanding dengan bandar-bandar lain.

Daerah Sebuyau bakal meniadi lokasi 'One Stop Centre' terkemuka suatu hari kelak apabila Projek Second Trunk Road yang kini sedang dalam proses pembinaan siap sepenuhnya. Dampak sekiranya projek ini selesai, ia pasti akan mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan di daerah berkenaan sekali gus dapat meningkatkan sosioekonomi masyarakat setempat.