Perutusan Pegawai Daerah



 
Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.
Selamat datang diucapkan kepada pengunjung Portal Rasmi Pejabat Daerah Sebuyau.
 
Alhamdulilah terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya kita masih diberi kesempatan bersama-sama untuk berganding bahu dan bekerjasama dalam mencapai hasrat dan tujuan untuk membangun daerah Sebuyau. Selaras dengan kepesatan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan usaha dalam mencapai objektif sistem penyampaian maklumat kerajaan, sebuah portal rasmi Pejabat Daerah Sebuyau telah diwujudkan sebagai media pengantara kepada masyarakat awam bagi memaparkan segala maklumat yang terkini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan Pejabat Daerah Sebuyau dalam usaha dan komitmen bersama dalam  memberi sumbangan secara langsung mahupun tidak langsung.
 
Saya yakin melalui portal ini para pengunjung sekalian dapat mengetahui peranan, tanggungjawab dan perkhidmatan yang disediakan oleh Pejabat Daerah Sebuyau. Saya juga mengalu-alukan pandangan dan cadangan yang membina daripada pengunjung portal ini bagi menambahbaik lagi pengurusan dan pentadbiran Pejabat Daerah Sebuyau.
 
Sekian, terima kasih.
 
Ayuradiman Bin Bujang
Pegawai Daerah Sebuyau