Piagam Pelanggan 2025

 

Piagam Pelanggan 2025


Pernyataan Piagam Pelanggan

Pentadbiran Bahagian Samarahan menjanjikan pelanggan dengan perkhidmatan yang telus, berkesan dan cekap seperti yang termaktub dalam Piagam Pelanggan.

 

Piagam Pelanggan Pejabat Residen Bahagian Samarahan

Kami berusaha akan memberikan perkhidmatan yang mesra dan terbaik kepada sesiapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan kami seperti berikut:
1. Permohonan Lesen Perkahwinan Sivil Khas diproses pada hari yang sama dokumen lengkap diterima.

2. Permohonan Permit Kutipan Awam diproses dalam tempoh dua (2) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.

3. Permohonan Lesen Sabong Ayam diproses dalam tempoh lima(5) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.

4. Permohonan Pindah Nama Hak Milik Senapang Patah diproses dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima daripada Pejabat Daerah.

5. Keputusan Permohonan Baru Perkhidmatan Kredit Komuniti dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh lima (5) hari bekerja setelah jawatankuasa bermesyuarat.

6. Keputusan Permohonan Pembaharuan Perkhidmatan Kredit Komuniti dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh lima (5) hari bekerja setelah jawatankuasa bermesyuarat.

7. Pendaftaran kes rayuan Mahkamah Bumiputera Sarawak diselesaikan pada hari yang sama dokumen lengkap diterima.

8. Pendengaran dan keputusan permohonan reman diselesaikan pada hari yang sama permohonan difailkan.

9. Pengesahan Akuan Berkanun / Surat Sumpah diselesaikan pada hari yang sama permohonan lengkap diterima.

10. Keputusan Lembaga Perumahan A dimaklumkan kepada pemohon tiga (3) hari bekerja setelah Lembaga bermesyuarat.

11. Pembayaran kepada pembekal dilakukan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima
12.
Penyelarasan bantuan bencana kepada mangsa diuruskan dalam tempoh empat belas (14) hari setelah berlakunya bencana.

13. Keputusan mengenai tempahan Bilik Mesyuarat / Kenderaan/ Rumah Rehat dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas pertimbangan.

14. Setiap aduan pelanggan diaku terima dalam tempoh (1) hari bekerja dan diambiI tindakan dalam tempoh (5) hari bekerja.

 


Kemas Kini Terakhir Pada 11 Jan 2026

Waktu Pejabat


Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm


Jumaat
8:00am to 11:30pm & 2:30pm to 5:00pm


Tutup pada Sabtu, Ahad & Cuti Umum

image Undian
image Pengumuman