Berita

 

Yang Berbahagia Encik Mohamad Irwan bin Bahari Bujang, Residen Bahagian Samarahan menerima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak

Disiarkan pada 05 Feb 2026
Sumber Berita: https://www.tvsarawak.my/2026/02/05/152-terima-darjah-kebesaran-negeri-sarawak/


 
KUCHING, 5 Feb: Seramai 152 penerima telah dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dalam Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri yang berlangsung di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak, hari ini.

Mendahului senarai penerima ialah Residen Bahagian Samarahan, Mohamad Irwan Bahari Bujang, yang dikurniakan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C).

Turut menerima anugerah sama ialah Superi Awang Said, Rusmaliza Mat Darus, Dr Veronica Lugah, Lo Sheau Sia, Wan Mohamad Wan Drahman, Omar Mahli, Sayed Ismail Nasiruddin Wan Hashim dan Syed Mohamad Fauzi Shahab.

Pengurniaan Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S) diberikan kepada empat penerima termasuk Dr Lim Meng Shi, Murugaiah Meyyappan, Sulaiman Salleh dan Nor Shahida Mohd Sahimi.

Selain itu, 17 individu dianugerahkan Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K), 20 penerima menerima Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B), 13 individu menerima Ahli Bintang Sarawak (A.B.S), 21 menerima Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K), 32 dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T), dan 36 penerima menerima Bentara Bintang Sarawak (B.B.S).

Penganugerahan ini diadakan sebagai pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan penerima dalam pelbagai bidang yang menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan negeri Sarawak.

Majlis istiadat tersebut turut diserikan dengan kehadiran isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, serta Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni – TVS
 



Kemas Kini Terakhir Pada 09 Feb 2026

Waktu Pejabat


Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm


Jumaat
8:00am to 11:30pm & 2:30pm to 5:00pm


Tutup pada Sabtu, Ahad & Cuti Umum

image Undian
image Pengumuman