Berita

 

TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN DAN DEMONSTRASI PENGGUNAAN ALAT PEMADAM API

Disiarkan pada 17 Dec 2025
Sumber Berita: Pejabat Residen Bahagian Samarahan
TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN DAN DEMONSTRASI PENGGUNAAN ALAT PEMADAM API
PEJABAT RESIDEN BAHAGIAN SAMARAHAN


Tarikh: 17 Disember 2025 | Masa: 9 Pagi | Tempat: Tempat Letak Kereta Pentadbiran Bahagian Samarahan

 
Taklimat keselamatan kebakaran, demonstrasi serta latihan penggunaan alat pemadam api telah berjaya dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan warga kerja terhadap situasi kecemasan. Program ini memberi pendedahan berkaitan langkah pencegahan kebakaran, tindakan yang perlu diambil semasa kecemasan serta latihan praktikal penggunaan alat pemadam api dengan betul dan selamat. Aktiviti ini diharap dapat memperkukuhkan budaya keselamatan di tempat kerja.
 
Antara pengisian program:
1.Taklimat keselamatan kebakaran
2. Demonstrasi pemadaman api oleh pasukan Bomba Samarahan
3. Penyampaian cenderahati kepada pasukan bomba oleh Ketua Unit Transformasi Sosial Bahagian, Encik Hasanal bin Abdul Wahid

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran, kefahaman dan tahap kesiapsiagaan warga sekolah dalam menghadapi situasi kecemasan. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini, khususnya kepada Encik
Awgku Ahmad Hanafiah bin Awang Ismail dan Encik Mohd Rizam bin Zemain daripada Balai Bomba Kota Samarahan. 
 

TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN DAN DEMONSTRASI PENGGUNAAN ALAT PEMADAM API
             
               Tarikh: 17 Disember 2025                                          Masa: 9 Pagi
               Tempat:
Tempat Letak Kereta                                                Pentadbiran Bahagian                                             Samarahan



Kemas Kini Terakhir Pada 22 Jan 2026

Waktu Pejabat


Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm


Jumaat
8:00am to 11:30pm & 2:30pm to 5:00pm


Tutup pada Sabtu, Ahad & Cuti Umum

image Undian
image Pengumuman