Kuala Lumpur, 27 Oktober 2025 – Delegasi dari Sarawak yang terdiri daripada wakil Integrated Regional Samarahan Development Agency (IRSDA) serta Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Kota Samarahan telah menyertai Lan Berambeh Anak Sarawak 2025 yang berlangsung dengan meriah di Kuala Lumpur.
Penyertaan delegasi ini mencerminkan komitmen berterusan pihak IRSDA dan Pejabat Pusat Khidmat Parlimen dalam menyokong usaha memperkukuh jaringan sosial serta semangat kekitaan di kalangan anak Sarawak yang berada di Semenanjung Malaysia.
Program tahunan ini menjadi platform penting untuk mengeratkan hubungan antara rakyat Sarawak dari pelbagai latar belakang, di samping memperkenalkan pelbagai inisiatif pembangunan yang sedang dilaksanakan di negeri tersebut.
Menurut wakil IRSDA, penglibatan mereka dalam acara berprestij ini turut membuka ruang bagi mempromosikan potensi pembangunan wilayah Samarahan dan memperkukuh kerjasama strategik antara agensi kerajaan serta komuniti perantauan Sarawak.
Antara tarikan utama di Reruai IRSDA ialah Diorama Samarahan Boulevard Fasa 1, yang menonjolkan potensi pembangunan pesat kawasan berkenaan.
Turut memeriahkan reruai ialah Kumpulan Gendang Nopeng yang dibawa khas dari Kampung Jair, Sadong Jaya, menampilkan persembahan kebudayaan tradisional Sarawak yang penuh warna-warni.
Acara turut diserikan dengan kehadiran beberapa pemimpin ternama termasuk:
Reruai IRSDA turut menerima kunjungan daripada artis tempatan Kilat Boy @ Daeloniel Mcdelon Bong, yang sempat beramah mesra bersama para pengunjung.
Para petugas, pempamer dan kumpulan gendang nopeng bergambar kenangan bersama Encik Mohamad Irwan bin Bahari Bujang, Residen Bahagian Samarahan dihadapan Reruai IRSDA di Lan Berambeh Anak Sarawak 2025
|
YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul
Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg menandatangani
Buku Pelawat di Reruai IRSDA
|
YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hassan, Timbalan Premier II melawat Reruai IRSDA |
|
Jamuan makan tengah hari bersama YB Datuk Hajah Rubiah
binti Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen P197 Kota Samarahan |
Kumpulan gendang Nopeng yang dibawa khas dari Kampung Jair, Sadong Jaya untuk memeriahkan reruai IRSDA |
Diorama Samarahan Boulevard Fasa 1 yang dipamerkan di Reruai IRSDA
|
Lawatan Datuk Amar Haji Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri
Malaysia diiringi oleh YB Datuk Hajah Rubiah binti Wang,
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bersama beberapa orang ahli-ahli Yang Berhormat lain ke Reruai IRSDA
|
YBhg. Datu Felicia Tan Ya Hua, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak melawat reruai IRSDA |
|
Gambar kenangan bersama YB Dato Hajah Hanifah Hajar
binti Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib, Timbalan Menteri Ekonomi yang mengunjungi reruai IRSDA |
Kilat Boy @ Daeloniel McDelon Bong mengunjungi reruai IRSDA |
Menambah kemeriahan suasana, YB Datuk Hajah Rubiah binti Wang dan Datu Felicia Tan Ya Hua turut tidak ketinggalan menari Nopeng
bersama kumpulan kebudayaan di reruai IRSDA,menggambarkan semangat muhibah dan kekitaan yang menjadi teras penganjuran Lan Berambeh Anak Sarawak 2025.