Berita

 

Delegasi DUN Negeri Sembilan Adakan Lawatan Kerja Ke Kampung Belimbing Besi

Disiarkan pada 17 Jun 2025
Sumber Berita: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)
1

2

SEBUYAU
: Delegasi dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan telah mengadakan lawatan kerja dan sesi penanda aras ke Kampung Belimbing Besi bagi meninjau pelaksanaan program pembangunan luar bandar serta memperkukuh jaringan kerjasama antara kerajaan negeri dari Semenanjung Malaysia dan Sarawak di sini, pada Jumaat.

Delegasi seramai 26 orang itu diketuai oleh Setiausaha Bahagian DUN Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Amin Ludin dan turut disertai oleh Residen Bahagian Samarahan, Mohamad Irwan Bahari Bujang.

Dalam sesi lawatan tersebut, para delegasi diberi taklimat mengenai kejayaan Kampung Belimbing Besi dalam melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan komuniti termasuk program pertanian moden, koperasi desa dan pelancongan berasaskan komuniti.

Mohd Amin berkata, lawatan ini membuka ruang kerjasama dan pertukaran pengetahuan antara kedua-dua negeri, terutamanya dalam memperkasakan pembangunan luar bandar.

“Kami melihat banyak inisiatif di Sarawak yang boleh dijadikan model atau contoh terbaik untuk diaplikasikan di Negeri Sembilan, khususnya dalam konteks memperkasakan kawasan luar bandar,” ujarnya.

Delegasi DUN Negeri Sembilan turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Kampung Belimbing Besi atas kejayaan mereka meraih Naib Johan Anugerah Desa Makmur (ADM) 2024, satu pengiktirafan yang mengangkat usaha gigih penduduk dan kepimpinan JKKK dalam membina komuniti yang mampan dan berdaya tahan.

Turut hadir, Penolong Ketua Pengarah Seksyen Pentadbiran Bahagian, Unit Pentadbiran Azmi Usup dan wakil Pegawai Daerah Sebuyau Louis Andria Barieng. -EDISI UKAS
 


image Undian
image Pengumuman