
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu mengemas PPS Dewan Suarah Kota Samarahan yang ditutup pada jam 4 petang Sabtu.
KUCHING: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir di Samarahan ditutup pada jam 4 petang Sabtu.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, PPS berkenaan adalah Dewan Suarah Kota Samarahan yang sebelum ini menempatkan 26 mangsa terdiri lapan ketua isi rumah (KIR).
“Manakala 10 lagi PPS masih aktif dibuka iaitu lapan di bahagian Kuching dan dua PPS di Lawas yang menempatkan mangsa banjir.
“Di Kuching, lapan PPS berkenaan menempatkan 1,090 mangsa merangkumi 274 KIR, sementara di Lawas dua PPS terbabit menempatkan 135 mangsa daripada 33 KIR,” katanya di sini, hari ini.
Ini menjadikan 10 PPS masih dibuka dengan jumlah keseluruhan 1,225 mangsa banjir daripada 307 KIR setakat jam 4 petang Sabtu.