Berita

 

Karnival SCS R&DO Samarahan semarakkan semangat kesepasukan penjawat awam

Disiarkan pada 13 Nov 2025
Sumber Berita: https://utusansarawak.com.my/karnival-scs-rdo-samarahan-semarakkan-semangat-kesepasukan-penjawat-awam/



KOTA SAMARAHAN:
Majlis Penutupan Karnival SCS R&DO (KSR) Samarahan 2025 berlangsung meriah di Function Hall PPNS Cawangan Kota Samarahan dengan penyertaan warga perkhidmatan awam dari seluruh Sarawak.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, dalam ucapannya menegaskan bahawa semangat berpasukan amat penting dalam memastikan kejayaan sesebuah organisasi, sama ada di padang sukan mahupun di tempat kerja.

“Setiap anggota perkhidmatan awam tanpa mengira pangkat memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada kejayaan pasukan dan kerajaan negeri.

“Kita mesti sentiasa bersatu dan jangan sekali-kali berjalan bersendirian — we must be united and we’ll never walk alone,” tegas beliau sambil menggesa semua penjawat awam mengekalkan semangat kesepasukan dalam setiap tugasan.

Sementara itu, Residen Bahagian Samarahan, Mohamad Irwan Bahari Bujang, berharap semangat kesukanan yang dipupuk melalui karnival tersebut akan terus subur dan diamalkan dalam setiap tugasan serta tanggungjawab warga perkhidmatan awam demi memperkukuh perpaduan dan produktiviti dalam perkhidmatan kerajaan negeri.

Karnival dua tahun sekali itu menjadi platform penting dalam mengeratkan hubungan antara bahagian serta menggalakkan gaya hidup sihat dan budaya kerja positif dalam kalangan penjawat awam Sarawak.

Bahagian Limbang muncul juara keseluruhan karnival kali ini manakala Bahagian Kuching diumumkan sebagai tuan rumah seterusnya bagi penganjuran edisi 2027 yang akan datang.




Kemas Kini Terakhir Pada 11 Jan 2026

Waktu Pejabat


Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm


Jumaat
8:00am to 11:30pm & 2:30pm to 5:00pm


Tutup pada Sabtu, Ahad & Cuti Umum

image Undian
image Pengumuman