Kota Samarahan (4 Januari 2026): Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama YB Dato Sri Hajjah Fatimah Abdullah telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Banjir Sementara (PPBS) di Dewan Suarah Kota Samarahan bagi meninjau situasi semasa serta memastikan kebajikan mangsa banjir terus terpelihara dan diberi perhatian sewajarnya.
Lawatan ini turut disertai oleh Residen Bahagian Samarahan, Encik Mohamad Irwan bin Bahari Bujang serta Pegawai Daerah Bahagian Samarahan, Encik Ahmad bin Abdul Razak bagi menilai tahap kesiapsiagaan, penyelarasan operasi serta penyampaian bantuan kepada mangsa yang terjejas.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) atas komitmen, kerjasama serta pengorbanan yang berterusan dalam memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan mangsa banjir sentiasa terjamin.