Pada 27 Februari 2026, Pejabat Residen Bahagian Samarahan telah menganjurkan Program Agihan Bubur Pedas sempena bulan Ramadan pada jam 2.30 petang bertempat di kawasan tempat letak kereta, Kompleks Pentadbiran Bahagian Samarahan. Program ini telah disempurnakan oleh Tuan Residen, Mohamad Irwan bin Bahari Bujang.
Dalam program tersebut, bubur pedas telah diagihkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan dan Jabatan Perbendaharaan Bahagian Samarahan. Di samping itu, satu sesi penghargaan turut diadakan bagi meraikan pelajar latihan industri yang menamatkan tempoh latihan mereka pada hari tersebut.