Pentadbiran Bahagian Samarahan

Dari Desa Terpencil ke Kota Ilmu

 

Kenali Kami


 

KOMPLEKS PENTADBIRAN BAHAGIAN SAMARAHAN

 

LATAR BELAKANG PENTADBIRAN BAHAGIAN SAMARAHAN

Bangunan Pejabat Residen Bahagian Samarahan adalah merupakan sebuah mercu tanda pusat pentadbiran bahagian. Bangunan ini telah dibina pada tahun 1987 setelah diistiharkan sebagai sebuah bahagian yang baru di Negeri Sarawak pada 24 Julai 1986. Sebelum itu Pejabat Residen Bahagian Samarahan memulakan operasinya di bangunan Pejabat Daerah Samarahan yang ada sekarang sebelum berpindah ke bangunannya sendiri pada awal tahun 1992. Bangunan ini telah dirasmikan oleh YAB. Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak pada 28 Ogos 1992.

Selain dari Pejabat Residen Samarahan, bangunan ini turut menempatkan beberapa agensi lain seperti Pejabat Perbendaharaan Negeri dan Jabatan Kebajikan Bahagian Samarahan. Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan, Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Samarahan dan Pejabat Pos juga pernah beroperasi di bangunan ini sebelum mereka berpindah ke bangunan masing-masing.

Pegawai yang pertama dilantik sebagai Residen Bahagian Samarahan ialah Datuk Haji Bolhen Haji Nor yang berkhidmat mulai 01 September 1987 sehingga 24 September 1993. Residen yang Kedua ialah Pengiran Haji Zain Pengiran Haji Salleh yang telah berkhidmat bagi tempoh 25 September 1993 sehingga 30 Jun 1999. Sementara Datu Haji Sarudu bin Haji Hoklai ialah Residen yang Ketiga berkhidmat di Bahagian Samarahan bermula dari 01 Julai 1999 sehingga 31 Disember 2002. Setelah itu Datu Dr. Haji Sulaiman Haji Husaini pula mengambil alih tugas tersebut sehingga Jun 2009 sebagai Residen yang Keempat dan Puan Rodziah Haji Morshidi adalah Residen yang Kelima yang telah memulakan tugas beliau mulai 02 Jun 2009 hingga 09 Januari 2012.Tuan Haji Ismail Haji Mohd. Hanis telah menyambung tugas sebagai Residen yang Keenam mulai 09 Januari 2012 hingga 01 Julai 2013 sebelum menyerahkan tugasnya kepada Tuan Haji Abang Shamshudin bin Abang Seruji pada 01 Julai 2013 sebagai Residen yang Ketujuh. Namun demikian, beliau hanya menyandang tugas tersebut selama seminggu sebelum menyerahkan semula tugas kepada penyandang yang baru iaitu Encik Abdul Rahman Sebli bin Senusi pada 07 Julai 2013 sebagai Residen Bahagian Samarahan yang Kelapan. Residen yang Kesembilan iaitu Tuan Haji Brahim bin Lumpu pula mula berkhidmat pada 03 Januari 2017 sehingga penghujung tahun 2022. Kini Pejabat Residen Bahagian Samarahan diketuai oleh Tuan Mohamad Irwan bin Bahari Bujang selaku Residen Bahagian Samarahan bermula 03 Januari 2023. Senarai Residen yang pernah berkhidmat di Bahagian Samarahan adalah seperti berikut:

 

Datuk Haji Bolhen Bin Hj. Nor, Residen Pertama (1987 - 1993)

 

Pangeran Haji Zain Bin Pangeran Haji Salleh, Residen Kedua (1993 - 1999)

 

Datu Haji Sarudu Bin Haji Hoklai, Residen Ketiga (1999 - 2002)

 

Datu Dr. Haji Sulaiman Bin Haji Husaini, Residen Keempat (2002 - 2009)

 

Datu Rodziah Binti Haji Morshidi, Residen Kelima (2009 - 2012)

 

Datu Haji Ismail Bin Haji Mohd Hanis, Residen Keenam (2012 - 2013)

 

Ybhg. Tuan Haji Abang Shamshudin Abang Seruji, Residen Ketujuh (2013)

 

Ybhg, Tuan Abdul Rahman Sebli bin Senusi, Residen Kelapan (2013-2017)

 

Ybhg. Tuan Haji Brahim bin Lumpu, Residen Kesembilan, (2017- 2022)




Ybhg. Tuan Mohamad Irwan bin Bahari Bujang (2023 - kini)




 

 

Residen adalah merupakan Ketua Pentadbiran Bahagian Samarahan dengan dibantu oleh seorang Timbalan Residen. Sementara di peringkat daerah ianya diketuai oleh Pegawai Daerah manakala di peringkat Daerah Kecil pula diketuai oleh Penolong Pegawai Tadbir.

Terdapat lima buah daerah dalam bidangkuasa Pentadbiran Bahagian Samarahan, iaitu terdiri daripada Daerah Samarahan, Daerah Simunjan, Daerah Asajaya, Daerah Gedong, Daerah Sebuyau dan sebuah Daerah Kecil iaitu Daerah Kecil Sadong Jaya.

 
picture Undian
picture Pengumuman