Pentadbiran Bahagian Samarahan

Dari Desa Terpencil ke Kota Ilmu

 

Perutusan




MOHAMAD IRWAN BIN BAHARI BUJANG

Residen Bahagian Samarahan
 

PERUTUSAN RESIDEN BAHAGIAN SAMARAHAN

Assalamualaikumwarahmatullahi barakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Sarawakku Sayang,

 Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Pejabat Residen Bahagian Samarahan. Sebagai agensi peneraju kerajaan yang bertanggungjawab dalam Pentadbiran dan Pembangunan Bahagian Samarahan, Pejabat Residen Bahagian Samarahan sentiasa komited dalam menyediakan maklumat terkini dan tepat kepada pengguna.

Sejajar dengan usaha Kerajaan Sarawak dalam melaksanakan dan memperluaskan perkhidmatan digital dan kerajaan elektronik (e-kerajaan), Pejabat Residen Bahagian Samarahan komited bagi menyediakan Laman Web yang mesra pengguna dalam penyampaian perkhidmatannya.
 
Maklumat berkaitan aktiviti dan kegiatan dan perkembangan terbaharu di Pejabat ini yang dikongsikan diharap dapat dijadikan sumber rujukan yang bermanfaat kepada semua pihak. Sehubungan dengan itu, semua pelawat laman ini digalakkan untuk memberikan sebarang pandangan, cadangan serta maklumbalas kepada Pejabat ini bagi meningkatkan lagi mutu penyampaian perkhidmatan kami.
 
Melalui laman ini juga, adalah diharap perhubungan antara pihak pengguna dan rakyat secara amnya dengan Pejabat Residen Bahagian Samarahan dapat diperkukuh dengan adanya Laman Web ini. Semoga ianya menjadi medium penyampaian maklumat yang memberi manafaat kepada kita semua.
 
Selamat melayari Laman Web Rasmi Pejabat Residen Bahagian Samarahan.
 
Terima kasih.

 
picture Undian
picture Pengumuman