Pentadbiran Bahagian Samarahan

Dari Desa Terpencil ke Kota Ilmu

 

IRSDA

Posted on 19 Apr 2023
Source of News: Unit Pentadbiran, Pejabat Residen Bahagian Samarahan
Integrated Regional Samarahan Development Agency (IRSDA) ataupun dikenali sebagai Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan telah diumumkan penubuhannya oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pada 12 November 2018 bersempena dengan Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-2 Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) di Dewan Suarah Kota Samarahan. IRSDA merupakan di antara pendekatan baharu Kerajaan Sarawak untuk memacu dan merancakkan pembangunan di Bahagian Samarahan.
 
IRSDA telah diperuntukan RM1.5 billion melalui peruntukan alternatif untuk melaksanakan pelbagai projek dan program bagi merancakkan lagi pertumbuhan sosio-ekonomi rakyat dan mempercepatkan lagi pembangunan prasarana di Bahagian Samarahan secara menyeluruh


lebih lanjut


picture Undian
picture Pengumuman