AGENSI PELAKSANA IRSDA


Setiap Jawatankuasa Kecil IRSDA adalah bertanggungjawab untuk mengendalikan pelbagai jenis projek-projek yang mempunyai ciri-ciri yang khusus dan unik untuk setiap Jawatankuasa Kecil masing-masing. Cadangan mengikut jenis-jenis projek bagi pelaksanaan setiap Jawatankuasa Kecil IRSDA ini adalah dikemukakan oleh ahli-ahli Yang Berhormat kawasan, agensi-agensi kerajaan, pihak-pihak berkepentingan dan juga penduduk-penduduk kawasan Bahagian Samarahan kepada sekretariat setiap Jawatankuasa Kecil IRSDA.
 
Sekretariat kepada setiap Jawatankuasa Kecil IRSDA selepas menerima cadangan akan menilai kebolehlaksanaan projek-projek tersebut dan membentangkannya kepada Jawatankuasa Kecil IRSDA masing-masing untuk kelulusan. Sekiranya cadangan diluluskan di peringkat Jawatankuasa Kecil IRSDA, cadangan tersebut akan seterusnya dikemukakan kepada Jawatankuasa Pemandu IRSDA untuk kelulusan.
 
Agensi-agensi pelaksana yang terlibat dalam melaksanakan pelbagai program dan projek IRSDA adalah:-
 

Jabatan Kerja Raya Sarawak & Bahagian Samarahan


Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak & Bahagian Kuching/Samarahan
Jabatan Pertanian Bahagian Samarahan


Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP)

Pejabat Residen
Bahagian
Samarahan
Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) Majlis Daerah Simunjan (MDS) Majlis Daerah Gedong (MDG)
Jabatan Tanah dan Survei Sarawak & Bahagian Samarahan

Jawatankuasa Pemandu IRSDA dan setiap Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil di dalam IRSDA adalah bertanggungjawab untuk mengenal pasti agensi-agensi pelaksana yang mempunyai kepakaran dalam mengendalikan dan melaksanakan projek-projek yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu IRSDA.
 
Antara jenis-jenis projek yang dikendalikan oleh setiap Jawatankuasa Kecil IRSDA adalah seperti berikut:-
 
Bil Jawatankuasa Kecil IRSDA
Jenis-jenis Projek
1 Jawatankuasa Kecil Pembangunan Infrastruktur
- Projek Jalan dan Jambatan
- Projek Dermaga dan Jeti
- Projek Lampu Jalan
- Projek Pengurusan Sisa Buangan
2
Jawatankuasa Kecil Pesisir Pantai, Ban, Sungai dan Perparitan
- Projek Rancangan Tebatan Banjir
- Projek Kejuruteraan Sungai
- Projek Kejuruteraan Pantai
- Projek Penyelenggaraan Minor Works dan Sungai
- Projek Jalan Ladang/kebun/Ameniti
3 Jawatankuasa Kecil Pembangunan Pertanian
- Projek Pembangunan Pertanian
- Projek Jalan Ladang/Kebun/Ameniti
4 Jawatankuasa Kecil Pembangunan Sosio-Ekonomi
- Projek Samarahan Tourism Development Plan
- Projek Prasarana Pelancongan
- Projek Pembangunan Produk Pelancongan Bahagian Samarahan

 
 


Kemas Kini Terakhir Pada 03 Mar 2026

Waktu Pejabat


Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm


Jumaat
8:00am to 11:30pm & 2:30pm to 5:00pm


Tutup pada Sabtu, Ahad & Cuti Umum

image Pengumuman