Bahagian Samarahan pada awal penubuhan IRSDA hanya mempunyai tiga (3) daerah iaitu daerah Samarahan, Asajaya dan Simunjan dan dua (2) daerah kecil Sebuyau dan Sadong Jaya.
Kawasan Bahagian Samarahan sebelum Persempadanan Semula
Dari segi pembahagian mengikut kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, Bahagian Samarahan semasa penubuhan IRSDA dibahagikan kepada 4 kawasan Parlimen iaitu P.197 Kota Samarahan yang meliputi DUN N.15 Asajaya, DUN N.16 Muara Tuang dan DUN N.17 Stakan, P.200 Batang Sadong yang meliputi DUN N.24 Sadong Jaya, DUN N.25 Simunjan, DUN N.26 Gedong, P.201 Batang Lupar yang melibatkan Dun N.27 Sebuyau dan sebahagian P.202 Sri Aman yang merangkumi sebahagian DUN N.30 Balai Ringin.
Semua projek pembangunan IRSDA dilaksanakan mengikut kesesuaian di semua daerah dan daerah kecil di Bahagian Samarahan supaya pembangunan yang menyeluruh dan holistik dapat dicapai di semua daerah dan daerah kecil dalam Bahagian Samarahan.
Walaubagaimanapun, selepas proses persempadanan semula yang telah diwartakan pada 15 Mac 2022, daerah kecil Sebuyau dan kawasan Gedong telah dinaiktaraf menjadi daerah penuh manakala kawasan DUN N.30 Balai Ringin yang terletak di bawah pentadbiran Bahagian Samarahan pula dipindahkan ke pentadbiran Bahagian Serian.
Selepas proses persempadanan semula, pembangunan kawasan DUN N.30 Balai Ringin dimasukkan ke dalam tumpuan pembangunan Sri Aman Development Agency (SADA) dan Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA) manakala IRSDA akan menumpukan lebih perhatian dalam pembangunan 7 kawasan DUN yang meliputi 5 Daerah dan 1 Daerah Kecil di Bahagian Samarahan.
Kawasan Bahagian Samarahan selepas Persempadan Semula