JAWATANKUASA PEMANDU IRSDA
IRSDA diterajui oleh sebuah Jawatankuasa Pemandu yang terdiri daripada semua ahli-ahli Yang Berhormat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di Bahagian Samarahan dan wakil daripada Perkhidmatan Awam Sarawak. Jawatankuasa Pemandu IRSDA ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, merangkap Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak serta Ahli Dewan Undangan Negeri N.15 Asajaya.
Jawatankuasa Pemandu IRSDA ini dipacu oleh empat (4) Jawatankuasa Kecil IRSDA iaitu Jawatankuasa Kecil Pembangunan Infrastruktur IRSDA, Jawatankuasa Kecil Pesisir Pantai, Ban, Sungai dan Perparitan IRSDA, Jawatankuasa Kecil Pembangunan Pertanian IRSDA dan Jawatankuasa Kecil Pembangunan Sosio-Ekonomi IRSDA. Empat (4) Jawatankuasa Kecil ini masing-masing bertangggungjawab untuk mengendalikan projek-projek pembangunan prasarana dan sosio-ekonomi di Bahagian Samarahan.