SEKRETARIAT IRSDA


Jawatankuasa Pemandu IRSDA juga turut dibantu oleh Sekretariat IRSDA yang ditempatkan di Pejabat Residen Bahagian Samarahan. Sekretariat IRSDA ini bertanggungjawab untuk menyelia, memantau dan menyelaras projek-projek di bawah IRSDA. Sekretariat Induk IRSDA diketuai oleh Encik Mohamad Irwan bin Bahari Bujang, Residen Bahagian Samarahan merangkap Setiausaha kepada Jawatankuasa Pemandu IRSDA dan dibantu oleh 19 pegawai yang terdiri daripada Pegawai Tadbir Khas IRSDA, Timbalan Pegawai Tadbir Khas IRSDA, Pegawai Tadbir serta staf dalam kumpulan sokongan yang ditempatkan di Pejabat IRSDA.

Setiap Jawatankuasa Kecil IRSDA juga mempunyai Sekretariat masing-masing yang bertindak untuk menyelia, memantau dan menyelaras program/projek IRSDA serta menyediakan laporan pencapaian prestasi Jawatankuasa Kecil masing-masing kepada Sekretariat Induk IRSDA. Sekretariat ini turut memainkan peranan sebagai agensi pelaksana bagi projek-projek IRSDA. 
Struktur pengoperasian dan bilangan pegawai-pegawai bagi Sekretariat Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil IRSDA yang lain pula adalah terpulang kepada budi bicara kementerian dan agensi yang dilantik menjadi Sekretariat bagi setiap Jawatankuasa Kecil tersebut.

Komunikasi di antara Sekretariat Induk IRSDA dan Sekretariat Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil yang lain dengan agensi-agensi pelaksana projek-projek IRSDA adalah melalui pegawai seranta yang dilantik bagi setiap Sekretariat dan agensi-agensi pelaksana IRSDA. Pegawai seranta ini juga dipertanggungjawabkan untuk memantau pelaksanaan projek-projek IRSDA dalam Sekretariat dan agensi masing-masing.

 


Kemas Kini Terakhir Pada 03 Mar 2026

Waktu Pejabat


Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm


Jumaat
8:00am to 11:30pm & 2:30pm to 5:00pm


Tutup pada Sabtu, Ahad & Cuti Umum

image Pengumuman