Perkhidmatan Agensi
Pejabat Residen Bahagian Samarahan menyediakan perkhidmatan seperti berikut:
PENTADBIRAN AM DAN SUMBER MANUSIA
- Pengurusan Kemudahan Pejabat
- Pengurusan Sumber Manusia (HRM) dan Pembangunan Sumber Manusia (HRD)
- Mengurus kemudahan semua kakitangan di Pentadbiran Bahagian Samarahan
- Menyelaras pentadbiran hal ehwal Masyarakat, Ketua Kaum dan Institusi masyarakat
- Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
- Perancangan Strategik Organisasi
1. PENGURUSAN KEWANGAN DAN HARTA ASET
- Pengurusan kewangan Pentadbiran Bahagian Samarahan (Anggaran Perbelanjaan Mengurus tahunan, mengagih, memantau dan mengawal peruntukan)
- Mengurus harta aset dan inventori pejabat
2. PERKHIDMATAN STATUTORI
- Pengeluar Lesen Pungutan Awam
- Pengeluar Lesen Perkahwinan Khas bukan Islam
- Kelulusan Lesen Pindah Milik Senapang Patah Melalui Probet
- Pengeluar Lesen Sabung Ayam
- Pengeluaran Akuan Berkanun dan Reman
- Pengurusan Pilihan Raya Negeri dan Parlimen
3. INOVASI DAN KUALITI
- Mempromosikan dan memantapkan budaya kualiti dan inovasi (MS ISO, 5S, BSC, KIK, KFA)
- Memantau pelaksanaan inisiatif kualiti di Pejabat Residen dan Daerah di Bahagian Samarahan
- Menyelaras penyertaan Pejabat Residen dan Daerah dalam Anugerah Kualiti dan Inovasi
- Pembangunan dan pengurusan galeri/Learning Centre
UNIT PEMBANGUNAN
- Merancang, memantau, mengesan dan melapor kemajuan Projek Kecil Luar Bandar
- Merancang, memantau, mengesan dan melapor kemajuan Projek Pembangunan Rancangan Malaysia Lima tahun
- Merancang, memantau dan menyelaras pelaksanaan projek-projek pembangunan khas seperti Projek Lonjakan Mega Kawasan Luar Bandar Agropolitan Batang Sadong
- Menyelaras dan memantau permohonan bekalan elektrik luar bandar (BELB) dan lampu jalan
- Menyelaras dan memantau isu-isu pembangunan di Bahagian melakui Jawatankuasa Pembangunan Bahagian dan Jawatankuasa Pemantauan Bahagian
- Merancang, melaksana dan memantau program-program pembangunan Usahawan Bahagian (MPUB)
- Perancangan Strategik Bahagian
UNIT SOSIAL
- Memantau isu-isu sosial Bahagian melalui Jawatankuasa Sosial Bahagian Samarahan
- Merancang, melaksana dan memantau acara / majlis rasmi Kerajaan
- Penyediaan Profil Bahagian dan Pangkalan data sosial Bahagian
- Menyelaras, menjalankan dan memantau tugas pengurusan krisis dan bencana melalui Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Bahagian
- Menyelaras dan memantau hal dan isu keselamatan di peringkat Bahagian melalui Jawatankuasa Keselamatan Bahagian
- Menyelaras dan menjalankan tugas kebajikan, Sukan dan Rekreasi kakitangan awam di peringkat bahagian melalui Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK)