E-Kasih
Program bantuan rakyat termiskin dan miskin di Daerah ini banyak dibantu melalui sistem pengenalan eKasih iaitu satu sistem data base atau pengkalan data untuk merekod dan mengenalpasti penduduk miskin khususnya miskin tegar untuk diberi pelbagai jenis bantuan ekonomi, modal insan, pendidikan, bantuan makanan, bantuan bina baru rumah dan baikpulih rumah dan kemahiran serta banyak lagi.
Jenis-jenis Bantuan Pembasmian Kemiskinan
1. Program Bantuan Rumah (PBR)
1.1) Bina Baru (BB)
1.2) Baikpulih (BP)
2. Program Bantuan 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin)
2.1) AZAM Tani
2.2) AZAM Khidmat
2.3) AZAM Niaga
2.4) AZAM Kerja
Jenis-jenis Permohonan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR)
1. Program Peningkatan Pendapatan (PPP)
2. Skim Pertanian
3. Skim Ternakan (ayam, ikan, itik, dll)
4. Program Kemahiran & Latihan Kerjaya (PLKK)
5. Latihan Penyediaan Makanan
6. Latihan Jahitan
7. Lain-lain Latihan yang berkenaan
Cara Memohon:
Berjumpa dengan pegawai berikut di bawah di Pejabat Daerah untuk dapatkan Borang eKasih dan untuk perhatian lanjut pejabat. Semasa perjumpaan tersenut sila bawa bersama dokumen berikut:
1) Salinan kad pengenalan (IC) pemohon
2) Salinan kad pengenalan/sijil lahir ahli keluarga pemohon
3) Lain-lain seperti gambar keadaan rumah/tempat kediaman dan lain-lain (jika berkenaan)
Syarat Permohonan:
Pemohon dari keluarga "miskin tegar/sangat miskin", "miskin" tiada berdapatan, hidup susah serta amat memerlukan bantuan dan sokongan Kerajaan.
Kelulusan untuk Pertimbangan kementerian KKLW / KPLB:
Adalah tertaluk kepada keputusan Mesyuarat Focus Group Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah serta dihadiri oleh ketua-ketua Masyarakat dan Ketua Kaum, ketua Jabatan & Agensi yang berkenaan.