Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Samarahan Dengan Kerjasama PETRONAS Cawangan Sarawak Terus Memperkukuhkan Komitmennya Dalam Misi Membantu Mangsa Banjir Di Bahagian Samarahan.

 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Samarahan dengan kerjasama PETRONAS Cawangan Sarawak terus memperkukuhkan komitmennya dalam misi membantu mangsa banjir di bahagian Samarahan.


 1 FEBRUARI 2025 - PEJABAT PENTADBIRAN BAHAGIAN SAMARAHAN: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Samarahan dengan kerjasama PETRONAS Cawangan Sarawak terus memperkukuhkan komitmennya dalam misi membantu mangsa banjir di bahagian Samarahan. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Samarahan menerima 800 bakul makanan yang mengandungi barangan asas seperti air mineral, makanan, biskut dan pampers.

Sebanyak 13 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang terletak di bahagian Samarahan akan menerima bantuan bakul makanan. PPS ini termasuk SK Endap, Balairaya Kampung Nangka, Dewan Kampung Entingan, Dewan Sri Budaya Niup, SK Sampun Tebun, SK Haji Kelali Semera, PPS Dewan Warisan Sadong, PPS Dewan Haji Bujang Rangawan, PPS Dewan Masyarakat Kampung Lutong Sebangan, PPS Dewan Kampung Arus Melayu, PPS Dewan Pembangunan Daerah Sebuyau.



 
Simbolik penyerahan sumbangan bakul makanan kepada Residen Bahagian Samarahan selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Samarahan Mohamad Irwan Bahari Bujang untuk disalurkan ke Jawatankuasa Pengurusan Bencana di setiap daerah masing-masing oleh Pengurus Besar PETRONAS Cawangan Sarawak Norazibah Md Rabu.

 

 


Turut hadir bersama-sama ialah  Timbalan Residen Bahagian Samarahan merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Samarahan Rais Ahmat, Pegawai Daerah Samarahan Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Samarahan Ahmad Abdul Razak, Pegawai Daerah Gedong Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Gedong Tamida Da'adi dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan Pengiran Mohamad Najib Pengiran Mohamad. -EDISI UKAS

Sumber: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)
(https://premierdept.sarawak.gov.my/web/subpage/news_view/12485/UKAS)
 
image Undian
image Pengumuman