Kota Samarahan (4 September 2026) - Dalam usaha membantu agensi berkaitan menghadapi situasi jerebu, sebanyak 200 keping face mask telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan dan Pejabat Pertahanan Awam Daerah Samarahan (APM).
Penyerahan tersebut disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Mohamad Irwan bin Bahari Bujang, Residen Bahagian Samarahan, sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap keperluan keselamatan serta kebajikan petugas kedua-dua agensi.