Maritim Malaysia Perkukuh Sinergi Strategik Bersama Residen Bahagian Samarahan
Kota Samarahan, 12 Ogos: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak terus memperkukuh hubungan strategik dan kerjasama antara agensi menerusi sesi kunjungan hormat Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak ke Pejabat Residen Bahagian Samarahan, hari ini.
Kunjungan tersebut diketuai oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kapten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa dan disambut oleh Residen Bahagian Samarahan, Mohamad Irwan Bahari Bujang bersama pegawai kanan Pejabat Residen Bahagian Samarahan.
Sesi kunjungan hormat itu menjadi platform bagi mempererat hubungan kerjasama antara Maritim Malaysia dan Pejabat Residen Bahagian Samarahan, khususnya dalam aspek penyelarasan pentadbiran, perkongsian maklumat, keselamatan serta kesiapsiagaan menghadapi sebarang isu yang melibatkan kepentingan masyarakat dan keselamatan di kawasan perairan.
Dalam sesi perbincangan tersebut, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan berkaitan isu-isu semasa yang mempunyai kepentingan bersama selain meneroka ruang kerjasama yang boleh diperkasakan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan menyeluruh.
Kapten Maritim Simon berkata kerjasama erat antara agensi kerajaan di peringkat negeri dan bahagian amat penting dalam memastikan setiap isu yang melibatkan keselamatan, penguatkuasaan serta kepentingan komuniti dapat ditangani menerusi pendekatan bersepadu dan koordinasi yang berkesan.
Maritim Malaysia Negeri Sarawak sentiasa komited untuk memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan dalam usaha meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, keselamatan maritim serta kesejahteraan masyarakat di negeri Sarawak,” katanya.
Maritim Malaysia menegaskan komitmennya untuk terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama Residen Bahagian Samarahan dan agensi keselamatan lain sebagai usaha memperkasakan penguatkuasaan undang-undang, mempertahankan kedaulatan Zon Maritim Malaysia serta menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan melaksanakan Banci Ekonomi 2026 (BE2026). Banci Ekonomi 2026 (BE2026) merupakan banci ke-6 yang dilaksanakan setiap lima tahun sekali sejak tahun 2000.
Banci ini bertujuan untuk mengumpul data yang komprehensif meliputi keseluruhan aktiviti ekonomi negara, termasuk sektor perdagangan borong dan runcit.
Pelaksanaan BE2026 turut merangkumi pertubuhan perniagaan serta pertubuhan tidak berasaskan keuntungan. Data yang dikumpulkan akan menjadi sumber rujukan penting sebagai nadi ekonomi rakyat dan asas dalam merancang pembangunan negara yang lebih berkesan serta mampan.