Kota Samarahan, 29.07.2026 (Rabu)- Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bahagian Samarahan kepada Residen Bahagian Samarahan di Pejabat Residen Bahagian Samarahan.
Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pentadbiran Bahagian Samarahan dalam usaha memperkukuh aspek keselamatan, ketenteraman awam serta kesejahteraan masyarakat di Bahagian Samarahan.
Selain itu, sesi perbincangan turut menyentuh pelbagai perkara berkaitan isu keselamatan semasa, program kemasyarakatan serta inisiatif kerjasama yang boleh dilaksanakan secara bersepadu demi kepentingan rakyat dan pembangunan Bahagian Samarahan.
Diharapkan hubungan baik serta kerjasama erat antara kedua-dua pihak akan terus diperkukuhkan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan kepada masyarakat.