Pada 23 Julai 2026, telah berlangsung Majlis Kesyukuran Sempena 40 Tahun Penubuhan Bahagian Samarahan sebagai tanda kesyukuran atas perjalanan dan pembangunan Bahagian Samarahan sejak penubuhannya. Majlis ini menghimpunkan pemimpin, ketua jabatan, penjawat awam serta jemputan bagi bersama-sama meraikan detik bersejarah tersebut dalam suasana penuh muhibah dan kesyukuran.
Majlis turut menjadi platform untuk menghargai sumbangan semua pihak yang telah memainkan peranan dalam memacu kemajuan Bahagian Samarahan sepanjang empat dekad. Semoga Bahagian Samarahan terus maju, makmur dan cemerlang dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.