Hari Integriti Pentadbiran Bahagian Samarahan 2026
Hari Integriti Pentadbiran Bahagian Samarahan 2026
Tempat: Borneo Empurau Farm & Resort, Serian
Tarikh: 18 & 19 Julai 2026
Integriti merupakan asas kepada penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti, telus dan berakauntabiliti. Pembudayaan nilai integriti perlu diperkukuhkan secara berterusan melalui program kesedaran, perkongsian ilmu serta penglibatan aktif seluruh warga organisasi.
Sehubungan itu, Hari Integriti Pentadbiran Bahagian Samarahan 2026 diadakan sebagai platform untuk memperkukuhkan budaya integriti dalam kalangan warga kerja melalui sesi perkongsian, lafaz Ikrar Integriti serta aktiviti berorientasikan ilmu pengetahuan yang menekankan pemahaman terhadap undang-undang, peraturan dan etika perkhidmatan awam.
OBJEKTIF PROGRAM
i) Memupuk dan memperkukuhkan budaya integriti dalam kalangan warga Pentadbiran Bahagian Samarahan.
ii) Meningkatkan kefahaman pegawai dan kakitangan terhadap undang-undang, peraturan serta tanggungjawab dalam perkhidmatan awam.
iii) Meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan rasuah, salah guna kuasa dan salah laku.
iv) Mengukuhkan komitmen warga kerja terhadap tadbir urus yang baik, akauntabiliti dan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan melaksanakan Banci Ekonomi 2026 (BE2026). Banci Ekonomi 2026 (BE2026) merupakan banci ke-6 yang dilaksanakan setiap lima tahun sekali sejak tahun 2000.
Banci ini bertujuan untuk mengumpul data yang komprehensif meliputi keseluruhan aktiviti ekonomi negara, termasuk sektor perdagangan borong dan runcit.
Pelaksanaan BE2026 turut merangkumi pertubuhan perniagaan serta pertubuhan tidak berasaskan keuntungan. Data yang dikumpulkan akan menjadi sumber rujukan penting sebagai nadi ekonomi rakyat dan asas dalam merancang pembangunan negara yang lebih berkesan serta mampan.