News

 

TTDI Berpotensi Jadi Lokasi Rekreasi Utama Kota Samarahan

Posted on 02 Oct 2026
Source of News: UKAS




Kota Samarahan (26 September 2026): TTDI Berpotensi Jadi Lokasi Rekreasi Utama Kota Samarahan KOTA SAMARAHAN: Taman Tasik Desa Ilmu (TTDI) berpotensi menjadi salah satu lokasi rekreasi dan tarikan pelancongan di Kota Samarahan susulan kemudahan yang telah dinaik taraf untuk dimanfaatkan masyarakat. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang berkata, TTDI kini mempunyai wajah baharu selepas melalui proses naik taraf, menjadikannya lebih selesa dan sesuai sebagai lokasi riadah.  Menurutnya, kemudahan di kawasan berkenaan akan terus dipertingkatkan, termasuk usaha menambah pencahayaan bagi memberi keselesaan kepada masyarakat yang beriadah pada waktu malam. “Gunakanlah Taman Tasik Desa Ilmu ini sebaik mungkin sebagai tempat kita beriadah, berkumpul dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. “Taman Tasik Desa Ilmu ini bukan milik satu pihak sahaja, tetapi milik kita bersama. Jadi, kita perlu sama-sama menjaga kebersihan, kemudahan dan aset yang disediakan,” katanya ketika berucap pada Program Larian Fun Run TTDI di sini, pada Sabtu. Datuk Rubiah turut menyeru masyarakat bersama-sama menjaga kemudahan awam serta mempromosikan TTDI sebagai lokasi rekreasi melalui platform media sosial. 



Last Updated On 02 Oct 2026

Waktu Pejabat


Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm


Jumaat
8:00am to 11:30pm & 2:30pm to 5:00pm


Tutup pada Sabtu, Ahad & Cuti Umum

image Undian
image Pengumuman