News

 

SIMU Tinjau Tapak Program Sarawakku Sayang 2026 Samarahan

Posted on 12 Aug 2026
Source of News: UKAS
KOTA SAMARAHAN: Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak (SIMU) meninjau tapak Program Sarawakku Sayang 2026 Bahagian Samarahan bagi memastikan persiapan program yang dijadual berlangsung dari 30 Oktober hingga 1 November ini berjalan lancar.

Pengarah SIMU, Sapiah Daud, mengadakan lawatan kerja ke tapak program di Halaman Samarahan, berhampiran perkarangan Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), di sini pada Selasa.

Lawatan tersebut bertujuan meninjau keadaan tapak serta melihat tahap kesiapsiagaan lokasi dan persediaan agensi serta jawatankuasa yang terlibat dalam penganjuran program.

Sapiah berkata, tinjauan awal itu penting bagi memastikan aspek teknikal, logistik dan pengisian program dapat disediakan dengan baik sebelum program berlangsung.

Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama dan penyelarasan berterusan antara semua agensi serta jawatankuasa bagi memastikan setiap tugasan dilaksanakan mengikut perancangan dan tempoh ditetapkan.

Selesai tinjauan tapak, Sapiah seterusnya mempengerusikan mesyuarat penyelarasan bersama agensi dan jawatankuasa terlibat bagi membincangkan persiapan program.

Program Sarawakku Sayang 2026 Bahagian Samarahan dijangka menampilkan pelbagai pengisian termasuk pameran agensi kerajaan, kaunter perkhidmatan, Cabutan Bertuah (e-Peraduan), Kitchen dan gerai jualan, konsert rakyat, Malam Budaya Sarawak serta pelbagai pertandingan dan aktiviti sukan.

Majlis perasmian program dijangka disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, pada 31 Oktober ini.

Penganjuran program berkenaan turut menjadi platform untuk mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat serta memperkukuh hubungan antara kerajaan dengan komuniti setempat.

Turut menyertai tinjauan tersebut ialah Residen Bahagian Samarahan, Mohd Irwan Bahari Bujang.-EDISI UKAS



Last Updated On 14 Aug 2026

Waktu Pejabat


Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm


Jumaat
8:00am to 11:30pm & 2:30pm to 5:00pm


Tutup pada Sabtu, Ahad & Cuti Umum

image Undian
image Pengumuman