Berita

 

Yang Berusaha Encik Mohamad Irwan bin Bahari Bujang, Residen Bahagian Samarahan menerima SCS Digital First Leadership Award

Disiarkan pada 23 Jul 2026
Sumber Berita: UKAS





KUCHING, 8 Julai 2026
– Yang Berbahagia Encik Mohamad Irwan bin Bahari Bujang, Residen Bahagian Samarahan telah menerima SCS Digital First Leadership Award sempena Sarawak Digital Government Week 2026: Data and AI Empower the Government yang berlangsung di Waterfront Hotel, Kuching.

Anugerah ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen dan kepimpinan beliau dalam memperkasa transformasi digital serta menyokong pembudayaan pendigitalan dalam penyampaian perkhidmatan awam di Bahagian Samarahan.

Penganugerahan ini turut mencerminkan usaha berterusan Pentadbiran Bahagian Samarahan dalam mendukung aspirasi Kerajaan Sarawak ke arah memperkukuh penggunaan data dan kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga Pentadbiran Bahagian Samarahan untuk terus mengamalkan budaya kerja digital, inovatif dan berorientasikan kecemerlangan selaras dengan agenda transformasi digital negeri.





 



Kemas Kini Terakhir Pada 30 Jul 2026

Waktu Pejabat


Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm


Jumaat
8:00am to 11:30pm & 2:30pm to 5:00pm


Tutup pada Sabtu, Ahad & Cuti Umum

image Undian
image Pengumuman