PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang mesra dan terbaik kepada sesiapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan kami seperti berikut :
- Permohonan Surat Kuasa Mentadbir (LA) atau Probet Wasiat beserta dokumen yang lengkap akan diluluskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
- Permohonan Anak Angkat beserta dokumen yang lengkap akan diluluskan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
- Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan (Baru) bersama dokumen yang lengkap akan diluluskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
- Pengeluaran Maklumat Pendaftaran Nama-nama Perniagaan akan siap dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
- Permohonan untuk Pindaan Butir-Butir Perniagaan akan diluluskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
- Permohonan Pembatalan Nama-Nama Perniagaan disiapkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
- Pendaftaran Lesen Perdagangan (Trade License) bersama dokumen yang lengkap akan diluluskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
- Pengeluaran Lesen Senapang Patah (Shotgun) selepas diluluskan oleh Residen Bahagian akan dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja selepas tarikh diterima oleh pejabat daerah.
- Permohonan Permit Membeli Peluru Senapang Patah (Shotgun) akan diluluskan dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
- Pendaftaran kes pelanggaran Adat Mahkamah Bumiputera (Chief Court) akan didaftarkan dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
- Pendaftaran kes Mahkamah Bumiputera Daerah (District Native Court) akan dilakukan dalam tempoh satu (1) hari bekerja.