Profil Bahagian Samarahan


Kota Samarahan adalah merupakan pusat bandar bagi Daerah Samarahan. Daerah Samarahan mula dikenali dengan nama Muara Tuang yang merupakan sebuah daerah kecil di bawah Pentadbiran Daerah Kuching sebelum Samarahan dinaik taraf sebagai daerah penuh pada 1983. Perhubungan utama penduduk kawasan Muara Tuang Ketika itu ialah dengan menggunakan laluan sungai Batang Samarahan.
Pada ketika itu Daerah Kecil Muara Tuang ditadbir oleh seorang Native Officer yang pertama dikenali dengan nama Abang Adenan berkhidmat disini dan yang beroperasi di bangunan yang dikenali sebagai kubu sebagai pejabat untuk mentadbirkan daerah kecil ini yang letaknya di kawasan perkampungan Muara Tuang dan bangunan tersebut masih kekal sehingga kini.
 
Setelah dinaiktaraf sebagai Daerah penuh pada tahun 1983, ia telah ditukarkan nama dari Daerah Kecil Muara Tuang dengan nama yang baharu iaitu Daerah Samarahan yang merangkumi Daerah Kecil Asajaya dan pekan Samarahan diberi nama Kota Samarahan. Sejak itu Samarahan mula mengorak langkah kearah kemajuan pembangunan dengan pantas dan cepat. Pelbagai kemajuan pembangunan dengan terbinanya beberapa kemudahan seperti jalanraya, kemudahan awam dan berdirinya bangunan-bangunan Kerajaan bagi menempatkan pelbagai agensi-agensi kerajaan di daerah ini.

Sebagai agensi yang bertanggugjawab bagi mentadbirkan daerah ini, Pejabat Daerah Samarahan yang diketuai oleh Pegawai Daerah mempunyai bangunan pejabat yang tersendiri untuk beroperasi dan bangunan ini juga pernah menempatkan banyak agensi-agensi lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kebajikan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Penerangan Daerah dan Balai Polis Daerah Samarahan. Sekarang hanya Unit Komunikasi Awam (UKAS) dan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) masih beroperasi di bangunan ini.

 


Dengan keluasan seluas 407.08 kilometer persegi, Samarahan kini mempunyai penduduk sebanyak 128,508 (setakat 2020).
Selain itu, terdapat dua (2) Institutsi Pengajian Tinggi Awam iaitu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan sebuah Institut Perguruan Tun Abdul Razak (IPTAR). Ia juga menjadi lokasi bagi Institut Perguruan Tun Abdul Razak (IPTAR). Ia juga menjadi lokasi bagi Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan sebuah Pusat Perubatan Antarabangsa (Sarawak International Medical Centre).

   


  





Kini Samarahan ternyata pesat membangun dan perbezaan dari tahun ke tahun amatlah ketara dengan pertambahan penduduk yang mendadak disebabkan pertumbuhan kawasan perumahan cepat dan pantas. Untuk melihat dengan lebih dekat perkembangan pembangunan di daerah ini, kami megalu-alukan kunjungan anda.

Selamat berkunjung ke Daerah Samarahan.

 

 
 
Pengumuman