Perutusan Pegawai Daerah Simunjan
PEGAWAI DAERAH : PUAN SANUYAH BINTI MOHAMAD
Assalamualaikumwarahmatullahi barakatuh, Salam Sarawakku Sayang, dan Salam Simunjan Maju Makmur.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera, Salam Simunjan Maju Makmur,
Saya mengucapkan Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah diberi kesempatan untuk sama-sama kita bekerjasama dan berganding bahu dalam menjadi pemangkin dan pemudahcara kepada Pembangunan Daerah Simunjan.
Alhamdulillah,laman web Pejabat Daerah Simunjan telah dihasilkan serta dinaiktaraf untuk memudahkan komuniti Simunjan secara khususnya untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan dengan Daerah.
Penghasilan laman web ini pastinya akan memberi impak yang positif kepada pejabat ini dalam menyalurkan maklumat terutamanya berkaitan dengan peranan, tanggungjawab, aktiviti-aktiviti semasa, pengumuman/makluman daripada Kerajaan serta perkhidmatan yang disediakan. Info yang berkaitan bukan sahaja berkenaan dengan Pejabat Daerah Simunjan, malah ia juga meliputi maklumat berkaitan dengan kampung-kampung di Daerah Simunjan. Laman web ini pastinya akan memberi banyak manfaat kepada orang awam serta selaras dengan saranan Kerajaan Sarawak dalam mempertingkatkan penggunaan teknologi dalam rutin seharian.
Akhir kata, saya bagi pihak warga Pejabat Daerah Simunjan ingin mengalu-alukan semua komuniti di Daerah Simunjan untuk melayari web ini. Semoga web ini dapat membantu pihak tuan dan puan dalam berkongsi informasi dan menjadi platform yang berguna untuk masyarakat Simunjan.