Pejabat Daerah Simunjan

 

PROFIL DAERAH SIMUNJAN


 

 

Daerah Simunjan adalah salah sebuah daerah di bawah Pentadbiran Bahagian Samarahan. Keluasan Daerah Simunjan ialah lebih kurang 2,217.67 km persegi, terletak kira-kira 176km dari Bandar Kuching berdasarkan jalan darat 103 km melalui jalan air.

Aktiviti utama penduduk adalah penanaman padi paya, mengusaha kebun kelapa dan kerja di syarikat pembalakan. Manakala bagi penduduk yang tinggal di sebelah hulu dan jauh dari sungai kegiatan utama adalah mengusahakan tanaman lada hitam secara individu.

Perhubungan utama bagi penduduk yang tinggal di pedalaman kawasan Selatan ini pada masa dahulu ialah laluan sungai iaitu Sungai Simunjan yang bermuara di Pasar Simunjan, hilir ke Batang Sadong. Sungai adalah keutamaan bagi penggerak ekonomi penduduk untuk membawa dan mendapat keperluan bekalan.

Pengangkutan jalan raya bagi kawasan Simunjan buat masa sekarang ialah pengangkutan menggunakan jalan raya yang dibina dalam tahun 1976 bermula di persimpangan KM 112 Jalan Kuching/ Sri Aman. Perjalanan Simunjan/Kuching juga dapat dihubungi melalui jalan persisiran pantai melalui jalan Pantong/Sg.Buluh/Asajaya/Samarahan. Disebabkan kemudahan pengangkutan telah ada, maka dapatlah para petani memasarkan hasil-hasil tanaman dengan mudah. Hasil-hasil tanaman yang terkenal merupakan beras Biris iaitu sejenis beras wangi yang lembut. Tanaman ini merupakan tanaman ekonomi(cash crop)bagi penduduk di persekitaran tebingan Batang Sadong.

 

MODAL INSAN & SOSIO EKONOMI

 

1. Jumlah Kampung & Penduduk Daerah Simunjan
 

BIL DUN JUMLAH KAMPUNG JUMLAH PENDUDUK
1 N25 SIMUNJAN 37 7,169
  JUMLAH 37 7,169

 

2. Statistik Umur

BIL UMUR (TAHUN) JUMLAH PENDUDUK (ORANG)
1 Atas 65 1, 208
2 41 - 64 6, 802
3 20 - 40 7, 799
4 13 - 19 4, 864
5 7 - 12 3, 584
6 5 - 6 950
7 0 - 4 693
8 Tiada maklumat 12, 529
JUMLAH 38, 429

 

3. Statistik Pekerjaan

BIL JENIS PEKERJAAN JUMLAH PENDUDUK (ORANG)
1 Penjawat Awam 1, 547
2 Pekerja Swasta 2, 579
3 Petani / Penternak / Nelayan 3, 758
4 Usahawan / Peniaga 751
5 Perkhidmatan / Kerja Kampung 1, 364
6 Suri Rumah 2, 790
7 Lain - Lain 15, 991
8 Penganggur / Tidak bekerja 1, 535
9 Pesara 696
10 Pelajar 7, 418
JUMLAH 38, 429

 

4. Purata Pendapatan Isi Rumah

BIL PENDAPATAN (RM) JUMLAH PENDUDUK (ORANG)
1 < RM 570 2, 460
2 RM 571 - RM 870 4, 086
3 RM 871 - RM 1, 319 3, 890
4 > RM 1, 319 4, 857
5 Tiada Maklumat 23, 136
JUMLAH 38, 429

 

 

RUMUSAN PUSAT PENDIDIKAN DAERAH SIMUNJAN

BIL DUN BILANGAN PUSAT PENDIDIKAN
1 SIMUNJAN 12

 

1. Senarai Pusat Pendidikan DUN Simunjan

Bil 

Sekolah

Jenis Sekolah

Bilangan Guru

Bilangan Murid

Nama Pengetua / Guru Besar

No telefon

Tarikh Dibina

1

SMK Simunjan No.1

SMK

70

691

Paul Anka anak Sutay

082-805122 / 019-8171832

01.01.1964

2

SMK Sri Sadong

SMK

42

579

Rahmah binti Led

082-803764 / 013-8185786

01.01.1980

3

SK Abang Man

SK

45

382

Baharim bin MD. Daud

082-803698 / 019-8291932

04.01.1948

4

SK Lepong Emplas

SK

11

25

Rosli bin Jobit

013-5777730

01.01.1975

5

SK Gunung Ngeli

SK

13

66

Misiah binti Nen

019-8980242

01.01.1966

6

SK Sageng

SK

27

231

Awg. Shukeran bin Awg. Zain

019-8774780

01.01.1963

7

SK Sekendu

SK

13

49

Mohd. Faiz bin Abdullah

013-8232486

01.01.1958

8

SK Sg. Apin

SK

12

99

Mat bin Jeli

013-8215398

01.01.1960

9

SK Sg. Lingkau

SK

12

35

Siang anak Entebang

010-8215398

01.01.1970

10

SK Temiang

SK

15

59

Seri Anis

019-4386201

01.01.1980

11

SK Tg. Pisang Selangking

SK

13

60

Hasiah binti Gidir

012-8833293

01.03.1972

12

SJK Chung Hua Simunjan

SJK

17

152

Bong Kim Joon

082-803697 / 010-9711118

01.01.1972