Mengenai Kami
Daerah Samarahan dahulunya dikenali dengan nama Muara Tuang. Asal-Usul Nama Muara Tuang pula adalah berdasarkan kepada kedudukan kampung di antara dua buah sungai iaitu Sungai Samarahan dan Sungai Tuang.
Bermula sebagai sebuah Daerah Kecil di bawah pentadbiran Daerah Kuching, Daerah Samarahan pada ketika itu dikenali sebagai Daerah Kecil Muara Tuang yang ditadbir oleh seorang Native Officer (Pegawai Tadbir Sarawak). Pejabat Daerah Kecil Muara Tuang merupakan pusat pentadbiran yang terawal di Daerah Samarahan dan dibina pada tahun 1983

Sebagai sebuah pekan kecil, ketiadaan infrastruktur jalan yang baik serta menggunakan sungai sebagai laluan utama menyebabkan Daerah Kecil Muara Tuang berada di dalam keadaan serba kekurangan. Pergabungan Daerah Kecil ini dengan Daerah Kecil Nonok telah membuka satu lembaran baru bagi Kerajaan untuk memajukan kawasan tersebut
Tanggal 19 Ogos 1983, Daerah Kecil Muara Tuang telah dinaiktaraf kepada Daerah baru iaitu Daerah Samarahan dan Pejabat Daerah Samarahan yang diketuai oleh Pegawai Daerah Samarahan bertanggungjawab dalam mentadbir Daerah ini yang berkeluasan 407.08 km persegi dengan jumlah penduduk seramai 58,800 orang (Sumber : Anggaran Penduduk 2009, Buku Tahunan Perangkaan Sarawak 2009).
Lokasinya yang strategik iaitu hanya 32 km dari Bandaraya Kuching serta peranannya sebagai Ibu Pejabat Bahagian Samarahan pada ketika itu, telah menyebabkan Daerah Samarahan dilimpahi dengan pelbagai bentuk pembangunan sehingga ke hari ini.{feed}http://www.theborneopost.com/{list}{/list}{/feed}
