picture
 

Perutusan Pegawai Daerah


 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

 

Laman web merupakan penjalin hubungan global yang merupakan trend terkini dalam menyampaikan dan mendapatkan maklumat. Pejabat Daerah Asajaya mengambil kesempatan ini untuk terus berada di gabungan global dan pengetahuan dalam menguna pakai.

 

Sekalung ucapan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada semua kakitangan yang memberikan sumbangan secara langsung mahupun tidak langsung dalam mengemaskini laman web ini ke taraf yang lebih tinggi. Harapan dan impian kami agar laman web ini mendapat pengiktirafan sebagai laman web bertaraf 5 bintang.

 

Dalam melestarikan usaha ini, komen dan teguran yang membina daripada semua pihak samada dalaman atau pun luaran merupakan input untuk menambahbaik laman ini. Peluang–peluang untuk penambahbaikan sentiasa terbuka.

 

Kami amat mengharapkan agar laman ini menjadi media pengantara yang efektif untuk pejabat ini dengan masyarakat awam secara khususnya dan pelayar web ini secara umumnya.

 

ENCIK RAIS BIN AHMAT

Pegawai Daerah Asajaya

 
picture Pengumuman