picture
 

PIAGAM PELANGGAN


Kami Berjanji Akan Memberi Perkhidmatan Yang Mesra Dan Terbaik Kepada Sesiapa Sahaja Yang Memerlukan Perkhidmatan Kami Seperti Berikut:

1. Permohonan Surat Kuasa Mentadbir (LA) atau Probet Wasiat beserta dokumen yang lengkap akan 

    diluluskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.

2. Permohonan Anak Angkat berserta dokumen yang lengkap akan diluluskan dalam tempoh Tujuh (7)
    hari bekerja.

3. Tempoh urusan bagi Nama-Nama Perniagaan adalah seperti berikut:-

  1. Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan (Baru) bersama dokumen yang lengkap akan diluluskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja;
  2. Pengeluaran Ekstrak Nama-Nama Perniagaan akan siap dalam tempoh satu (1) hari bekerja;
  3. Permohonan untuk Pindaan Butir-Butir Perniagaan akan diluluskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja;
  4. Permohonan Pembatalan Nama-Nama Perniagaan disiapkan dalam tempoh
    empat belas (14) hari bekerja;
  5. Pendaftaran Lesen Perdagangan (Trade License) bersama dokumen yang lengkap akan diluluskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja;


4. Permohonan Pindah Hakmilik Lesen Senapang Patah (Shotgun) untuk Menukar Nama Pemilik
    Senapang patah daripada ibu/bapa kepada anak secara probet/surat kuasa mentadbir atau
    semasa hayat bersama dokumen yang lengkap diterima oleh Pejabat Daerah akan diproses
    dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.

5. Pengeluaran Lesen Senapang Patah (Shotgun) selepas diluluskan oleh Residen Bahagian akan
    dikeluarkan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.

6. Permohonan Permit Membeli Peluru Senapang Patah (Shotgun) akan diluluskan dalam tempoh
    tujuh (7) hari bekerja.

7. Penyeliaan kes Pelanggaran Adat Mahkamah Bumiputera (Chief Court) didengar dan diputuskan
    dalam tempoh enam (6) bulan bekerja.

8. Pendengaran kes Mahkamah Bumiputera Daerah (District Native Court) siap dalam tempoh enam
    (6) bulan bekerja
.

 
picture Pengumuman