PIAGAM PELANGGAN ASAJAYA 2025


PIAGAM PELANGGAN

PEJABAT DAERAH ASAJAYA

  1. Permohonan baharu Surat Kuasa Mentadbir (Letters of Administration) di proses dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima. 
  2. Permohonan baharu Probet (Probate of Will) diproses dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  3. Permohonan penggantian Surat Kuasa Mentadbir (Letters of Administration)/ Probet (Probate of Will) diproses dalam tempoh tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  4. Permohonan pembatalan Surat Kuasa Mentadbir (Letters of Administration)/Probet (Probate of Will) diproses dalam tempoh tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  5. Permohonan baharu Sijil Anak Angkat di proses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  6. Permohonan penggantian Sijil Anak Angkat diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  7. Permohonan Pindah Milik Senapang Patah dikeluarkan lesen dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja selepas diterima daripada Pejabat Residen Bahagian Samarahan.
  8. Permohonan berkaitan senapang patah yang memerlukan pertimbangan Setiausaha Kerajaan Sarawak dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas diterima daripada Pejabat Residen Bahagian Samarahan.
  9. Permohonan Pindah Tempat Daftar Senapang Patah diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas diterima daripada Pejabat Residen Bahagian Samarahan.
  10. Permohonan penggantian Lesen Senapang Patah diproses dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  11. Permohonan pembaharuan Lesen Senapang Patah diproses pada hari yang sama dokumen lengkap diterima.
  12. Pengeluaran Lesen Membeli Peluru diproses pada hari yang sama dokumen lengkap diterima.
  13. Permohonan baharu Sijil Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan (BNR Certificate) diproses dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  14. Pembatalan Sijil Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan (Revocation of BNR Certificate) diproses dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  15. Pindaan Sijil Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan (Amendment of BNR Certificate) tempoh sepuluh (10) hari bekerja dokumen lengkap diterima.
  16. Permohonan penggantian Sijil Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan (BNR Certificate) tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  17. Permohonan baharu Lesen Perdagangan (Trade Licence) diproses tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  18. Permohonan pembaharuan Lesen Perdagangan (Trade Licence) diproses tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  19. Permohonan penggantian Lesen Perdagangan (Trade Licence) diproses dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  20. Pendaftaran kes-kes Mahkamah Bumiputera Sarawak diselesaikan pada hari yang sama dokumen lengkap diterima.
  21. Pendengaran dan keputusan permohonan reman diselesaikan pada hari yang sama permohonan difailkan.
  22. Sijil pelantikan/pembaharuan/surat penamatan perkhidmatan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas diterima daripada Pejabat Residen Bahagian Samarahan.
  23. Sijil pelantikan/pembaharuan/surat penamatan perkhidmatan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas diterima daripada Pejabat Residen Bahagian Samarahan.
  24. Pengesahan Akuan Berkanun / Surat Sumpah diselesaikan pada hari yang sama permohonan lengkap diterima.
  25. Projek Kecil Luar Bandar (PKLB) diselesaikan dalam tempoh masa mengikut deskripsi projek.
  26. Keputusan Lembaga Perolehan Bahagian Sarawak dimaklumkan kepada pembekal melalui surat tawaran kerja atau bekalan / perkhidmatan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
  27. Pembayaran kepada pembekal dilakukan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  28. Pungutan hasil daripada orang awam akan diproses dan dikeluarkan resit penerimaan dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  29. Keputusan mengenai tempahan Bilik Mesyuarat/ Kenderaan/ Rumah Rehat dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas pertimbangan.
  30. Setiap aduan pelanggan diaku terima dalam tempoh (1) hari bekerja dan diambil tindakan dalam tempoh (5) hari bekerja
  31. Keputusan Lembaga Perumahan B dimaklumkan kepada pemohon tiga (3) hari bekerja setelah Lembaga bermesyuarat.
  32. Penyelarasan bantuan bencana kepada mangsa diuruskan dalam tempoh empat belas (14) hari setelah berlakunya bencana.
 
image Pengumuman