| Tarikh |
Peristiwa |
| Mac 1962 |
Bekalan Air di Daerah Serian mula beroperasi untuk kegunaan penduduk. |
| Jun 1962 |
Jalan Serian/Simanggang mula dibuka untuk kegunaan dan laluan kenderaan. |
| 13.1.1966 |
Bangunan Pejabat Daerah Simunjan ranap dalam satu kebakaran. |
| 1.8.1971 |
Pembukaan rasmi Bangunan Kompleks Perdagangan Lina Serian yang berharga $50,000. |
| 28.8.1971 |
Perasmian Bangunan Pejabat Daerah Serian yang bernilai $123,000. |
| 29.6.1972 |
Perasmian Kompleks Boys Home Jalan Muara Tuang yang berharga $601,000. |
20.7.1974
|
Perasmian Pusat Kesihatan dan Pejabat Daerah Kecil Pendam oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Rahman Yaakup, Ketua Menteri Sarawak. |
| 30.7.1974 |
Perasmian Jalan Gedong di Daerah Simunjan yang berharga $1.6 juta. |
| 14.4.1977 |
TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Haji Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin merasmikan pembukaan rasmi Hospital Daerah Serian yang bernilai $3.5 juta. |
| 27.2.1981 |
Perasmian Stesen Janakuasa SESCO Sebuyau bernilai $363,530 ribu. |
| 19.4.1962 |
YB Datuk Musa Hitam, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merasmikan Sekolah Latihan Kejururawatan di Serian bernilai $4.4 juta. |
| 24.7.1986 |
Daerah Samarahan diistiharkan sebagai Bahagian baru di Negeri Sarawak yang dinamakan Bahagian Samarahan. |
| 29.7.1986 |
Perasmian Jalan Simunjan - Bukit Punda di Daerah Simunjan. |
| 21.9.1990 |
Perasmian Bangunan Majlis Daerah Samarahan yang bernilai $2.4 juta. |
| 15.10.1990 |
Pembukaan rasmi Jalan Samarahan-Sadong Jaya sepanjang 36 kilometer. |
| 25.2.1991 |
Perasmian Kompleks Imigresen Tebedu dan Jalan yang menghubungkan Tebedu/Entikong, Kalimantan Barat Indonesia. |
| 23.8.1991 |
YAB Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak melakukan Upacara Perletakan Batu Asas Pejabat Daerah Asajaya/Sadong Jaya dan Dewan Masyarakat. |
| 28.8.1992 |
YAB Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak, merasmikan Bangunan Pejabat Residen Bahagian Samarahan.
|
| 7.8.1993 |
Perletakan Batu Asas Bandar Baru Tebedu yang dinamakan Bandar Mutiara oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak |
| 10.8.1996 |
Perasmian Kilang Kelapa Sawit di Serian yang berharga RM20 juta. |
| 15.2.1972 |
Perasmian Bandar Baru Asajaya oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak |
| 26.3.1997 |
Perasmian Institut Teknologi MARA (ITM) Cawangan Kota Samarahan. |
| 20.6.1998 |
Majlis Pecah Tanah Pembinaan Jalan Sadong Jaya-Sungai Buloh yang berharga RM21 juta. |
| 20.6.1998 |
Majlis Perasmian Bangunan Jabatan Kerja Raya Bahagian Samarahan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak |
| 20.7.1999 |
Perasmian Outer Ring Road di Kota Samarahan yang bernilai RM120 juta. |
| 23.7.1999 |
Perasmian Jalan Kampung Tungkah Melayu di Daerah Simunjan berharga RM170,000 ribu. |
| 9.10.2000 |
Perasmian Pameran "Jejak Pejuang" Tun Datuk Patinggi Ahmad Zaidi Adruce di Dewan Suarah, Kota Samarahan. |
| 11.5.2001 |
Upacara Pecah Tanah SK Mata Parang di Kota Samarahan bernilai RM25 juta. |
| 22.6.2001 |
Perasmian Masjid Jamek, Kampung Balai Ringin di Daerah Serian yang berharga RM146 ribu. |
| 13.8.2001 |
Perasmian SJK Chung Hua Asajaya dan Upacara Pecah Tanah Pusat Serbaguna di Asajaya. |
| 24.8.2001 |
Perasmian Masjid Al-Mutaqqin, Masjid Bahagian Samarahan yang bernilai RM18 juta. |
| 10.9.2001 |
Perasmian Ladang Kelapa Sawit, Ladang Gemilang di Gedong, Simunjan. |
| 14.9.2001 |
Upacara Pecah Tanah Pembinaan Masjid Ashobirin, Kampung Empila, Kota Samarahan. |
| 28.1.2002 |
Tragedi Tanah Runtuh di Kampung Ruan Changkol, Simunjan yang mengorbankan 16 orang termasuk 2 orang dan seorang kanak-kanak yang baru berusia 23 hari. |
| 11.4.2002 |
Perasmian Maktab Perguruan Tun Abdul Razak, Kota Samarahan. |
| 13.5.2002 |
Pelancaran bagi Pembinaan Kampus baru UNIMAS, Kota Samarahan. |
| 26.7.2003 |
Perasmian Dewan Masyarakat, Kampung Plaie, Kota Samarahan. |
| 22.8.2003 |
Perasmian Masjid Darul Ibadah, Kampung Pengkalan Kuap, Kota Samarahan yang bernilai RM700 ribu. |
| 26.9.2003 |
Perasmian Masjid Darul Ikhlas, Kampung Sindang Baru, Kota Samarahan. |
| 16.3.2004 |
Perasmian SK Haji Kelali, Kampung Semera, Asajaya. |
| 21.4.2004 |
Perasmian Kompleks STIDC di Kota Samarahan. |
| 23.7.2004 |
Perasmian Masjid Darul Naim, Kampung Sungai Mata, Kota Samarahan. |
| 10.3.2005 |
Pelancaran Program "Kenduri Adat dan Gotong Royong" di Kampung Jaie, Sadong Jaya. |
| 3.5.2005 |
Perasmian Balai Polis, Tebedu. |
| 25.2.2006 |
Perasmian Kompleks Sukan Asajaya. |
| 5.5.2006 |
Upacara Pecah Tanah Projek Pembinaan Kompleks Markas 1 Div.Jalan Datuk Mohd. Musa, Kota Samarahan. |
| 10.6.2008 |
Perasmian Jambatan Sebuyau oleh YAB Datuk Seri Haji Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia. |
| 8.10.2008 |
Perasmian Resort Kelab Golf Sarawak di UNIMAS, Kota Samarahan. |
| 18.6.2009 |
YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, Malaysia melawat Kampung Pichin, Serian. |
| 22.2.2010 |
YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, Malaysia melawat Daerah Simunjan.
|
19.3.2011
|
YAB Dato' Seri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak melancarkan Program Sejiwa Senada Peringkat Bahagian Samarahan di Serian.
|
14.4.2011
|
YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia melakukan Upacara Pecah Tanah Kerja Pembinaan Jalan Terbat-Mapu di Serian. |