Permohonan Pendaftaran Anak Angkat


Maklumat Am

Pemohon mesti mengisi Borang Permohonan Untuk Pendaftaran Anak Angkat [Seksyen 3 (1)] dan borang maklumat tambahan / borang temuduga yang disediakan. Dokumen ini mesti ditandatangani oleh kedua-dua pihak di hadapan Pegawai Daerah atau wakil beliau yang bertugas.

Kedua-dua ibubapa anak dan ibubapa angkat mesti hadir bersama seorang saksi sebelum Pegawai Daerah boleh membuat keputusan mengenai kedudukan anak angkat tersebut.

Keputusan Pegawai Daerah untuk meluluskan pengangkatan anak tersebut adalah berdasarkan kebajikan dan kepentingan kanak-kanak tersebut dan bukan atas sebab lain.  Keputusan  tersebut adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan kecuali oleh Mahkamah Tinggi.


Undang-Undang

  • Ordinan Pengambilan anak angkat (Bab 91)
  • Peraturan perlindungan orang muda dan kanak-kanak 1959
  • Akta perlindungan Wanita dan Gadis 1973
  • Ordinan Pengambilan anak angkat (pindaan), 2002 (Bab A100)
  • Risalah Ordinan Baru pada 1/12/2002

 Borang Rasmi

  • Borang Permohonan Untuk Pendaftaran Anak Angkat [Seksyen 3 (1)]
  • Borang Maklumat Tambahan / Borang Temuduga

Kelayakan dan syarat

  • Anak yang hendak diambil sebagai anak angkat berumur 18 tahun ke bawah dan
  • Ibubapa yang mengangkat mestilah umur 21 tahun ke atas dan 20 tahun lebih tua daripada anak yang diangkat
  • Anak yang diangkat mesti lahir di Sarawak dan ibu atau bapanya mesti mempunyai hubungan dengan Sarawak
  • Saksi bagi kedua-dua belah pihak

Dokumen-dokumen yang diperlukan

  • Sijil Asal Kelahiran Kanak-kanak yang hendak diangkat
  • Kad Pengenalan Asal Ibu Bapa Kandung dan Ibu Bapa Angkat
  • Sijil Perkahwinan Asal bagi Ibu Bapa Angkat
  • Kad Klinik Asal Kanak-kanak yang diangkat
  • Slip Gaji atau Penyata Pendapatan Tahunan Ibu Bapa Angkat
  • Bil Taksiran/ Bil Letrik/ Bil Air/ Bil Telefon
  • Kad Pengenalan Asal Saksi