Perutusan
Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurnia-Nya pihak Pejabat kami telah berjaya membangunkan portal pentadbiran Daerah Simunjan ini dan telah mendapat penarafan 5 bintang daripada MDEC pada tahun 2014 & 2015. Laman web ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada orang ramai tentang profil serta segala aktiviti yang dijalankan. Usaha dan kejayaan membangunkan Portal Pentadbiran ini membuktikan kepekaan pihak kami terhadap perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semasa. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa ICT telah memainkan peranan yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Sekaligus, portal pentadbiran ini menyokong dasar kerajaan negeri ke arah Digital Ekonomi. Saya berharap agar dengan adanya laman web ini masyarakat dapat mengenali peranan dan fungsi pejabat ini dengan lebih mendalam. Portal pentadbiran kami akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa agar ia dapat menyampaikan maklumat yang berguna dan terkini kepada masyarakat. |