Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 14 Nov 2019
Versi 8.2.2
 
Perutusan

Tuan Haji Brahim Lumpu,

Residen Bahagian Samarahan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan Salam Sejahtera,

Selamat Datang ke Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Samarahan. Sebagai Agensi prima Kerajaan yang bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pembangunan Bahagian Samarahan, Pentadbiran Bahagian Samarahan sentiasa menggembeleng tenaga, usaha dan komitmen dalam memberikan maklumat terkini demi menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik kepada pelanggan dan pengguna.

Sejajar dengan perkembangan semasa yang menekankan kepada penggunaan ICT dalam urusan seharian, Pentadbiran Bahagian Samarahan komited bagi menyediakan Portal yang mesra pengguna dalam penyampaian perkhidmatannya.

Maklumat berkaitan aktiviti dan kegiatan di Pejabat ini diharap dapat dijadikan sumber rujukan yang bermanfaat kepada semua pihak. Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Samarahan sentiasa dikemaskini untuk memberikan maklumat yang terkini. Sehubungan dengan itu, semua pelawat portal ini digalakkan untuk memberikan sebarang pandangan, cadangan serta maklumbalas kepada Pejabat ini bagi meningkatkan lagi mutu penyampaian perkhidmatan kami.

Melalui laman ini juga, adalah diharap perhubungan antara pihak pelanggan, pengguna dan masyarakat amnya dengan staf Pentadbiran Bahagian Samarahan dikukuhkan selari dengan slogan kami “Merakankan Masyarakat”. Semoga ianya menjadi wadah yang berguna kepada kita semua.

Selamat melayari Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Samarahan.

Terima kasih.