FUNGSI ORGANISASI
Pentadbiran Bahagian Samarahan mempunyai fungsi, tugas dan tanggungjawab seperti berikut;
- Bertanggungjawab dalam perancangan dan pelaksanaan dan pemantauan projek-projek pembangunan dengan jabatan lain;
- Bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Keselamatan Bahagian;
- Bertanggungjawab atas Hal-hal Ehwal Kebajikan Masyarakat, Agama dan Kepimpinan Kaum di Bahagian seperti Hal-hal Ehwal Masyarakat seperti Masyarakat Melayu, Iban, Cina dan kaum etnik lain;
- Menyelia Mahkamah Bumiputera;
- Mengeluarkan permit pungutan derma dari orang awam;
- Menjadi penasihat kepada Majlis-Majlis Daerah di Bahagian:
- Menyelaras program atau aktiviti perayaan seperti Hari Kebangsaan, Harijadi DYMM Yang Di Pertuan Agong, Harijadi TYT Yang di Pertua Negeri dan lain-lain;
- Membantu pengurusan Pilihanraya Negeri dan Parlimen;
- Mengeluarkan Lesen Sabung Ayam;
- Memproses Lesen Senjatapi;
- Mengurus dan menyelia program-program sukan di Peringkat Bahagian. contoh: Majlis Sukan Bahagian;
- Mengurus dan menyelia pengeluaran akuan berkanun dan fungsi-fungsi perundangan (statutory)
Hakcipta terpelihara@Pejabat Residen Bahagian Samarahan 2010