Residen adalah merupakan Ketua Pentadbiran Bahagian Samarahan dengan dibantu oleh seorang Timbalan Residen iaitu Encik Richard anak Michael Abunawas. Sementara di peringkat daerah ianya diketuai oleh Pegawai Daerah manakala di peringkat Daerah Kecil pula diketuai oleh Penolong Pegawai Tadbir.
Pejabat Residen Bahagian Samarahan mempunyai keanggotaan seramai 9 orang Pegawai Tadbir, 2 orang Penolong Pegawai Tadbir,1 Setiausaha Pejabat, 2 orang Pembantu Tadbir (Kewangan), 7 orang Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi), 3 orang Pembantu Operasi, 2 orang Pemandu Kenderaan, 2 orang Jaga dan 3 orang Pembantu Awam.
Terdapat tiga buah daerah dalam bidangkuasa Pentadbiran Bahagian Samarahan, iaitu terdiri daripada Daerah Samarahan, Simunjan dan Asajaya yang ditadbir oleh Pegawai Daerah dan dua buah Daerah Kecil iaitu Daerah Kecil Sebuyau dan Sadong Jaya di bawah tadbiran Penolong Pegawai Tadbir.
|