PROJEK PENAHAN HAKISAN TEBINGAN SUNGAI GEDONG BERJALAN LANCAR
Tarikh : 14 Jul 2020  Sumber Berita: TVSARAWAK
 

 

GEDONG: Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa, Industri Terminal dan Pembangunan Usahawan dan E-Dagang Datuk Haji Mohd Naroden Majais berpuas hati dengan perkembangan pembinaan Projek Penahan Hakisan di Tebingan Sungai Gedong yang berjalan lancar.
“Projek keseluruhannya mempunyai empat fasa, di mana fasa pertama sudah siapa dan fasa kedua dijangka akan siap pada bulan Oktober ini.
“Fasa ketiga kini masih dalam proses tender dan termasuk fasa keempat, jumlah kos keseluruhan projek ini adalah lebih kurang RM50 juta.
“Sekiranya projek ini siap, ianya bukan setakat memberi manfaat kepada penduduk berdekatan dengan menghenti hakisan sungai namun, ianya juga akan mencantikkan landskap di tebingan Sungai Gedong,” katanya yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong setelah membuat lawatan kerja ke lokasi projek di sini, Selasa.
Hadir sama Pengarah Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri (SIMU) Rahman Sebli dan Residen Bahagian Samarahan.

 

GEDONG: Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa, Industri Terminal dan Pembangunan Usahawan dan E-Dagang Datuk Haji Mohd Naroden Majais berpuas hati dengan perkembangan pembinaan Projek Penahan Hakisan di Tebingan Sungai Gedong yang berjalan lancar.

“Projek keseluruhannya mempunyai empat fasa, di mana fasa pertama sudah siapa dan fasa kedua dijangka akan siap pada bulan Oktober ini.

“Fasa ketiga kini masih dalam proses tender dan termasuk fasa keempat, jumlah kos keseluruhan projek ini adalah lebih kurang RM50 juta.

“Sekiranya projek ini siap, ianya bukan setakat memberi manfaat kepada penduduk berdekatan dengan menghenti hakisan sungai namun, ianya juga akan mencantikkan landskap di tebingan Sungai Gedong,” katanya yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong setelah membuat lawatan kerja ke lokasi projek di sini, Selasa.

Hadir sama Pengarah Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri (SIMU) Rahman Sebli dan Residen Bahagian Samarahan. [PAUTAN]