Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 17 Dis 2018
Versi 8.1.2
 
Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN 

Pentadbiran Bahagian Samarahan menjanjikan pelanggan-pelanggan perkhimatan yang telus, berkesan dan cekap seperti yang termaktub dalam Piagam Pelanggan kita seperti di bawah:

  • Permohonan Lesen Pungutan Awam yang telah lengkap diisi akan          dimaklumkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja
  • Pelanjutan tempoh Lesen Pungutan Awam akan dimaklumkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja;
  • Permohonan Lesen Perkahwinan Khas Bukan Islam yang telah lengkap diisi akan diluluskan dalam tempoh satu (1) hari bekerja;

  • Permohonan Pindah Hakmilik Lesen Senapang Patah (Shotgun) Melalui Probet yang lengkap diterima oleh Pejabat Daerah akan diproses dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja;

  • Projek-projek Kecil Luar Bandar (MRP) siap dilaksanakan mengikut peraturan-peraturan kewangan dalam tahun semasa;
  • Pengurusan Acara diurus mengikut perancangan yang ditetapkan oleh jawatankuasa penganjur;

  • Laporan Suku Tahun Prestasi Pelaksanaan Projek-projek Rancangan Malaysia dapat disiapkan dan dihantar kepada Jabatan Ketua Menteri (Unit Pelaksanaan dan Pemantauan Negeri) dalam setiap tiga (3) bulan sekali, yakni minggu kedua setiap bulan Januari, April, Julai dan Oktober;

*  Tempoh pemprosesan di atas tertakluk kepada borang permohonan adalah lengkap, mematuhi peraturan yang ditetapkan dan pegawai yang bertanggungjawab berada di pejabat.

 

(Hakcipta Terpelihara @ Pejabat Residen Bahagian Samarahan 2012)