Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 19 Dis 2018
Versi 8.1.2
 
Soalan Lazim

SOALAN LAZIM

 


:

PENDAFTARAN PROBET

Soalan  

:

Adakah perlu semua waris hadir ke Pejabat Daerah Samarahan?

Jawapan

:

Ya, untuk mendapatkan persetujuan daripada semua waris (adik - beradik).Sekiranya adik beradik atau waris terdekat tidak dapat hadir, borang persetujuan waris hendaklah diisi dan perlu mendapatkan tandatangan adik beradik atau waris serta pengesahan daripada Ketua Kampung/Ketua Kaum/Penghulu.

 

Soalan  

:

Adakah setiap probet yang diproses memerlukan pengesahan Ketua Masyarakat/Ketua Kaum?

Jawapan

:

Ya, bagi memastikan setiap maklumat yang dikemukakan oleh pewaris adalah benar.

 

 

 

Soalan

 

Berapa lama kelulusan Probet

Jawapan

 

Sekiranya semua dokumen lengkap dan mendapat kelulusan Pegawai Daerah, kelulusan Probet adalah 10 hari waktu bekerja



:

LESEN & NAMA PERDAGANGAN

Soalan  

:

Berapa lama setiap Lesen Perdagangan dapat dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Samarahan?

Jawapan

:

Lesen akan diluluskan dalam masa 5 hari waktu bekerja setelah mendapat kelulusan dari Pegawai Daerah. Sekiranya Pegawai Daerah ke kawasan lain, lesen tersebut akan siap dalam (1) satu atau (2) dua minggu.

 


:

PERMOHONAN ANAK ANGKAT

Soalan  

:

Adakah perlu saksi untuk proses anak angkat hadir?

Jawapan

:

Ya, perlu.

 

Soalan  

:

Adakah perlu untuk anak angkat (kanak - kanak) hadir ke Pejabat Daerah Samarahan?

Jawapan

:

Ya, perlu.

 


:

LESEN SENJATAPI DAN PERMIT MEMBELI PELURU

Soalan  

:

Bagaimanakah cara mendapatkan permit membeli peluru?

Jawapan

:

Sila bawa kelongsong peluru semasa membeli peluru di kaunter senjatapi.

 

Soalan  

:

Berapa lamakah tempoh membaharui lesen senapang patah?

Jawapan

:

Lesen senapang patah perlu diperbaharui setiap satu (1) tahun sekali.