Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 19 Dis 2018
Versi 8.1.2
 
PIAGAM PELANGGAN

 

Pentadbiran Daerah Samarahan menjanjikan pelanggan-pelanggan perkhidmatan yang telus, berkesan dan cekap seperti yang termaktub dalam Piagam Pelaggan kita seperti dibawah :



  • Permohonan Surat Kuasa Mentadbir (LA) atau Probet Wasiat diluluskan dalam tempoh (10) hari bekerja;
  • Permohonan Pindah Hakmilik Lesen Senapang Patah (Shortgun) melalui Probet yang lengkap diterima oleh Pejabat Daerah akan di proses dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja;
  • Permohonan Permit Membeli Peluru Senapang Patah (Shortgun) akan disiapkan serta merta;
  • Tempoh urusan bagi Nama-Nama Perniaga adalah seperti berikut:

1. Pendaftaran Nama-nama Perniagaan (Baru) - akan disiapkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja;

    1. Pengeluaran Ekstrak Nama-nama Perniagaan - akan disiapkan dengan serta-merta;
    2. Pindaan Butir-butir dan Pembatalan Nama-nama Perniagaan - akan disiapkan dalam satu (1) hari bekerja;

  • Permohonan Sijil Anak Angkat yang diterima akan disiapkan dalam tempoh lima ( 5 ) hari bekerja;
  • Projek-Projek Kecil Luar Bandar (MRP) siap dilaksanakan mengikut peraturan-peraturan kewangan dalam tahunan semasa;
  • Pengurusan Acara diurus mengikut perancangan yang ditetapkan oleh jawatankuasa penganjur
  • Resit pembayaran akan dikeluarkan serta-merta bagi semua pungutan hasil dari orang awam.

Tempoh pemprosesan di atas tertakluk kepada borang permohonan adalah lengkap, mematuhi peraturan yang ditetapkan dan pegawai yang bertanggungjawab berada di pejabat.