Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 19 Dis 2018
Versi 8.1.2
 
Perutusan


ainnie.jpg


Alhamdulillah saya bersyukur kerana laman web ini dapat diwujudkan walaupun usaha untuk mengwujudkannya telah lama dibuat. Akibat daripada kekangan latihan yang menjurus kepada pengetahuan untuk membangun laman web, satu usaha telah dilakukan dengan mendapatkan khidmat pegawai yang mempunyai pengalaman luas tentang pembangunan laman web akhirnya terbentuklah laman web ini.

Harapan saya ialah agar dengan wujudnya laman web ini akan memudahkan pejabat ini untuk menyampaikan maklumat serta perkhidmatan yang sedia ada. Seperti yang kita ketahui, pada masa sekarang keperluan penyampaian secara digital adalah satu kaedah yang dituntut. Walau pun agak baru dalam menyampaikan maklumat melalui laman web ini, kita akan terus berusaha untuk meningkatkan maklumat yang sedia ada dengan wujudnya satu pasukan yang akan memberi pandangan dan pendapat untuk menjadikan laman web ini sebuah laman web yang lebih interaktif dan mempunyai kandungan yang diperlukan oleh pelanggannya.

Bagi pejabat daerah sendiri, kita mengharapkan dengan wujudnya laman web ini kita dapat berkomunikasi secara elektronik kerana kita menyediakan borang maklum balas dan pandangan kepada pelayarnya. Ini sedikit sebanyak memberi ruang bagi mereka yang menghadapi kesukaran ke pejabat ini untuk mendapatkan perkhidmatan atau pun khidmat nasihat.

Akhir kata dari saya, agar laman web ini dapat memenuhi hasrat pemimpin kita di mana rakyat didahulukan matlamat diutamakan. Selamat maju jaya pada pasukan yang membangunkan laman web ini.